suria

Pemuda ajar cara cuci mesin basuh, guna 2 bahan je! Setiap kali buat, mesti keluar air berkeladak

Kebersihan mesin basuh menjamin kebersihan pakaian anda.

MESIN basuh yang kotor boleh menyebabkan pakaian anda gagal dicuci dengan sempurna.

Selain menjejaskan warna asal serta kualiti fabrik, ia juga boleh menyebabkan pakaian anda berbau busuk dan hapak.

Di Facebook, seorang pemuda dikenali sebagai Khairul Abdullah berkongsi cara mudah untuk membersihkan mesin basuh yang diamalkannya selama ini.

"Aku cuci mesin basuh ni setiap dua ke tiga minggu sekali. Itu pun setiap kali cuci, akan keluar air berwarna sedikit dan tetap berbuih juga walaupun tiada baju dan tak masukkan sabun pencuci.

"Sebabnya tiap kali basuh baju, akan ada saki-baki sabun dan kotoran yang tertinggal kat dalam mesin tu. Jadi lagi kerap basuh, lagi banyak kotoran tertinggal dalam tu. Kalau rajin setiap minggu boleh cuci.

mb2

Cucian ini boleh mengeluarkan segala sisa sabun yang tersembunyi di dalam mesin basuh.

"Boleh je beli segala jenis pencuci khas. Aku suka guna baking soda dengan cuka je. Boleh guna banyak kali. Dan kalau ada Clorox pun lagi bagus juga. Caranya mudah sangat," ujarnya.

Cara-cara:

1. Masukkan setengah cawan baking soda ke dalam drum mesin basuh dan masukkan secawan cuka ke dalam bahagian sabun pencuci.

Kemudian set durasi basuhan yang paling lama sekali. Kalau mesin yang ada setting air panas, maka set air paling panas dan biarlah ia berpusing-pusing tanpa kain baju di dalamnya.

2. Selepas siap basuh, buka penutup mesin basuh dan biarkan.

3. Kalau ada Clorox, boleh ulangi proses cucian sekali lagi. Masukkan setengah cawan cecair peluntur dalam tempat sabun dan basuh dengan air panas atau set basuhan yang paling singkat dan biarkan.

Cukup pusingan kedua, maka mesin basuh sudah dikira bersih.

3. Jangan biarkan tempat letak sabun dan cecair pelembut fabrik berkerak. Bahagian itu biasanya boleh dicabut dan dikeluarkan.

Jadi cuci bersih-bersih dan bilas dengan Clorox. Bahagian mana yang nampak dan boleh cuci, maka cucilah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain