BAGI pasangan suami isteri yang mempunyai anak kecil, masalah bau hancing pada tilam merupakan perkara yang biasa mereka hadapi. Kadang-kala mereka membiarkan anak tidur tanpa dipakaikan lampin pakai buang, maka tilam yang menjadi alas akan menyerap segala kotoran itu. Berikut merupakan enam cara untuk membuang bau hancing pada tilam: 1. Bertindak cepat Jangan biarkan air kencing kering dan meresap di dalam permukaan tilam. Apabila menyedari anak kencing di atas tilam, ibu bapa harus bertindak pantas untuk membersihkannya. Buka cadar, alihkan segala bantal dan selimut. Kemudian ambil kain kering atau tisu untuk menyerap sebanyak air mungkin air kencing yang masih tinggal. 2. Sabun pencuci Ambil sabun pencuci dan ratakan ke bahagian yang terkena air kencing. Kemudian serapkan kembali menggunakan tuala kering. Tekan dengan kuat untuk menyerap lebih banyak lembapan. 3. Cuka Ada masanya sabun pencuci tak cukup kuat untuk menghilangkan bau hancing. Maka, anda boleh cuba menggunakan cuka sebagai alternatif kepada sabun untuk mengembalikan kesegarannya. Baking soda boleh membantu untuk menghapuskan bau hancing pada tilam. Tekapkan cuka ini pada kain dan kesatkan pada tompokan air kencing selama 10 hingga 15 minit. 4. Baking soda Selepas mencuci dengan cuka atau sabun, taburkan serbuk soda penaik (baking soda) atau soda bikarbonat pada tompokan air kencing tersebut. Lebih banyak lebih bagus kerana ia akan ‘menarik’ bau dan kotoran yang masih tertinggal. 5. Jemuran mentari Setelah mencuci dan membersihkan kesan air kencing pada tilam, cuba keringkan tilam tersebut di bawah sinaran matahari. Jika tak mampu berbuat demikian, pastikan anda memasang kipas dan buka tingkap supaya udara dapat mengalir dengan lebih efisyen. 6. Semburkan penyegar Untuk menambah bauan segar pada tilam anda, bolehlah menambahkan 4 empat hingga lima titisan pati minyak aromaterapi seperti lavender. Kalau tiada, gunakan penyegar bauan biasa seperti Febreze. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube