MEMASAK daging dengan cara yang salah boleh menyebabkan ia menjadi liat dan keras untuk dimakan. Disebabkan masalah ini, ramai yang tidak mahu memasak daging kerana menganggap ia hidangan yang rumit untuk disediakan berbanding ayam atau makanan laut. Menerusi laman Facebook, Zubaiyah Hassan berkongsi tujuh petua serta kaedah yang digunakannya setiap kali dia memasak daging. 1. Potong ikut urat Ketika memotong daging, tengok dulu ‘urat’ daging. Potong lawan arah supaya urat tu terputus. Ia juga akan membuatkan daging senang untuk menjadi empuk. 2. Tutup periuk ketika rebus Letakkan lesung batu atau apa sahaja barang yang berat di atas penutup periuk. Ini bagi memastikan tiada wap air yang keluar ketika proses merebus daging. Juadah melibatkan daging menjadi kegemaran rakyat negara ini. 3. Rebus dengan kurma Anda boleh menggunakan buah kurma atau bijinya sahaja untuk kaedah ini. Tapi harus diingat. apabila dimasukkan kurma, sup daging automatik jadi manis-manis buah dan daging pun lembut. Berapa lama masa, bergantung pada air dan api. 4. Rebus dengan nenas Nenas kan ‘tajam’. Fungsi nenas boleh melembutkan daging dan buat rasa daging lebih enak. Kalau periuk kecil cukup satu atau dua hirisan nenas. Terlebih nanti jadi pajeri nenas pula. ARTIKEL BERKAITAN: Tak ada periuk tekanan, tiada masalah! Cuba lima tip ini, pasti rendang daging jadi lembut dan enak 5. Rendam bersama soda bikarbonat Sapu daging dengan soda bikarbonat. Tak perlu terlalu lama tunggu daging lembut. Mudah je. Bila dah agak lembut, boleh basuh dulu daging sebelum masak. 6. Masukkan sudu dalam rebusan daging Masukkan sudu ke dalam daging yang direbus supaya daging lembut dan tak liat. Sudu dikatakan akan meningkatkan suhu dalam periuk yang mempercepatkan proses melembutkan daging. 7. Guna dua periuk besar jenis steel Ini merupakan petua melembutkan daging beku dari peti ais agar ia mudah dihiris. Caranya telangkupkan periuk pertama dan letakkan daging beku tersebut di atasnya. Periuk kedua perlu diletakkan di atas daging beku itu. Dengan menggunakan cara ini ia akan membuat ketulan daging tersebut cepat lembut dan senang dihiris untuk dimasak. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube