suria

Tak jadi nak buang seterika hitam berkerak, rupanya boleh bersihkan guna garam dan Panadol... Berkilat macam baharu!

Anda boleh menggunakan Panadol untuk menghapuskan kesan hitam seterika.

KESAN hitam dan hangus pada permukaan seterika sebenarnya boleh ditanggalkan dengan mudah.

Menurut Achai Wong, petua menggunakan Panadol berkesan untuk menghapuskan kotoran itu dan ia boleh dilakukan dengan cepat.

Cara-cara:

1. Panaskan seterika dan basahkan Panadol.

2. Gosok Panadol yang dibasahkan tadi pada kesan hitam di permukaan seterika. Guna alat yang sesuai supaya seterika panas tak terkena tangan.

3. Semasa menggosok Panadol, akan berlaku tindak balas yang menghilangkan kesan hitam itu.

942295_1017161371698033_5750254277227788586_n

Selain Panadol, anda juga boleh menggunakan garam untuk menghilangkan kesan hitam pada seterika.

4. Selepas kesan hitam mula tangga, lap permukaan seterika dengan menggunakan kain.

Selain itu, seorang lagi individu dikenali sebagai Lynn Kamil turut berkongsi kaedah yang dilakukannya untuk membuang kesan hitam pada seterika.

Cara-cara:

1. Letak garam atas surat khabar.

2. Panaskan seterika.

3. Gosokkan seterika atas garam tadi sampai permukaannya kembali berkilat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain