KELUAR janji temu (dating) bersama pasangan kini sudah tidak sama seperti zaman sebelum ini. Kebanyakan perempuan mahu pasangan melayan mereka dengan begitu romantis termasuklah membawa hadiah atau jambangan bunga. Tetapi kita sedia maklum bahawa harga bagi sejambak bunga yang siap dihias kini dijual dengan harga mahal. Sebenarnya, ada pilihan lain untuk lelaki berjimat ketika keluar 'dating' sekali gus mampu menggembirakan hati kekasih, malah membuatkan mereka 'cair' dengan usaha anda. Menerusi perkongsian di TikTok seorang penggubah bunga, @Haaziqdesigns menunjukkan cara mudah yang boleh menjimatkan duit poket jika keluar dating. Haziq menunjukkan cara-cara menyusun bunga. “Video ni untuk lelaki B40 sahaja. Kalau bukan, jangan tengok. “Anda nak beli bunga surprisekan teman wanita masa keluar dating tapi tak nak keluarkan duit sampai beratus-ratus ringgit,” katanya dalam video. Terdapat enam cara mudah diajar oleh Haaziq untuk menjadikan bunga tersebut kelihatan cantik dan paling penting kosnya murah. Bahan-bahan: 1. Beli atau dapatkan dua jenis bunga a) Solidago berharga RM14 b) Snapdragon berharga RM28 2. Gunting 3. Tali 4. Kapas 5. Beg plastik berzip Lelaki ini menujukkan bahan-bahan lain yang diperlukan selain bunga. Cara-cara menggubah: 1. Buang daun pada dahan supaya kelihatan lebih minimal 2. Gunakan bekas berisi air untuk lakukan gubahan bunga 3. Gunakan teknik silang pangkah sewaktu susunan bunga bertujuan untuk memudahkan proses mencucuk batang pokok yang lain di bahagian tengah hiasan. 4. Setelah siap dengan susunan, ikat semua pokok hiasan dengan tali pada bahagian batang. 5. Rendamkan kapas dalam air sebelum dibalut bersama di hujung batang pokok. 6. Balut dengan pembalut kertas dan elakkan mengguna pembalut plastik Haaziq hanya menghabiskan sekitar RM42 untuk satu jambangan bunga melalui cara gubahan yang diajarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube