suria

Geram tengok siput babi makan tanaman! Mujur dah jumpa petua nak hapuskan, tip ke-4 paling berguna

Siput babi merupakan haiwan perosak yang memusnahkan tanaman.

BAGI mereka yang suka bercucuk tanam, kehadiran siput babi memang memeningkan kepala.

Walaupun bersaiz kecil dan bergerak perlahan, tetapi ia merupakan haiwan perosak yang gemar merosakkan tanaman.

Musuh kepada para pekebun ini bagaimanapun boleh disingkirkan dengan cara mudah seperti yang dikongsikan Kebun Mini di Facebook.

1. Bunuh

Kutip satu per satu dan bunuh siput babi dengan sekali hempap menggunakan objek berat seperti bata.

Tapi perlu diingatkan bahawa kaedah ini perlu dibuat dengan sekali pukul sahaja dan tidak menyeksa haiwan tersebut.

2. Garam (epsom salt)

Taburkan garam di sekeliling pokok.

Kaedah ini bukan sahaja boleh mengelakkan daripada pemakan daun itu terus berleluasa malah siput kecil juga boleh lenyap secara beransur-ansur.

3. Pasir

Siput mempunyai mukus (lendir) pada bahagian bawah badannya.

Taburkan pasir di sekeliling kawasan tanaman seolah-olah ‘memagar’ untuk mengganggu pergerakan siput.

4. Kulit telur (hancur)

Selain boleh mengelakkan siput daripada mendekati tanaman kerana kesan tajam, kulit telur juga membekalkan kalsium pada tanam untuk menghindari siput.

5. Abu sampah

Serbuk yang diambil daripada sampah yang dibakar boleh mengelakkan daripada siput babi merayap di sekitar pokok.

Malah, abu arang boleh membantu meningkatkan pH tanah.

6. Tepung jagung

Masukkan satu atau dua sudu tepung jagung ke dalam botol dan letak di kawasan sasaran.

Tepung jagung berkesan membunuh siput kerana sifatnya yang akan mengembang dalam tubuh haiwan itu.

Dalam hantaran tersebut, pelayar turut menitipkan peringatan awal menjelaskan bahawa tidak semua petua ini berhasil.

Bagaimanapun, anda boleh cuba sendiri kaedah yang dicadangkan bagi menyelamatkan tanaman di rumah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain