suria

Malu pasangan nampak celah paha gelap, ketiak berkerak... Cuba 5 tip mudah ini, anda pasti senyum lebar!

Kesan cela pada kulit mengganggu hubungan suami isteri. -Gambar hiasan freepik

SETIAP orang pasti runsing apabila mempunyai masalah kulit gelap di bahagian badan tertentu seperti ketiak, paha, siku, lengan dan leher.

Bagi wanita yang sudah berkahwin, masalah sebegini pastinya lebih memalukan apatah lagi ketika bersama dengan suami.

Terdapat lima bahan mudah dikongsikan Ana Mahabu yang dikatakan boleh digunakan untuk memutihkan semula kawasan gelap tersebut sekiranya kerap diamalkan.

1. Tawas

Tawas merupakan sejenis garam galian yang berada dalam bentuk kristal.

Teksturnya yang kasar boleh menghilangkan daki dan kesan hitam di celah paha.

Campurkan tawas dalam air, kemudian anda hanya perlu menggunakan span dan gosok di celah-celahan paha.

2. Kunyit

Cara menggunakan kunyit untuk memutihkan celah paha adalah dengan memarut kunyit dan perahkan jusnya.

Kemudian, sapukan pada celah paha dan biarkan ia kering.

Selepas itu, bilas jus sehingga bersih.

Anda juga boleh juga gunakan serbuk kunyit.

Masukkan dua sudu serbuk dalam air dan sapu pada kawasan gelap.

3. Limau nipis dan kapur sirih

Campurkan perahan limau nipis dengan sedikit kapur hingga menjadi pes.

Kemudian, sapu pada celah paha dan gosok perlahan-lahan selama 15 minit sebelum dibilas.

Lakukan tiga kali seminggu sehingga kesan hitam di celah paha hilang.

4. Ubat gigi

Picit sedikit ubat gigi pada jari dan sapu pada celah paha.

Biarkan selama 10 minit dan bilas.

Sekiranya kulit terasa sakit dan bertukar kemerahan kerana sensitif pada bahan ubat gigi, kaedah ini tidak disarankan.

5. Lemon dan timun

Lalukan kulit lemon serta timun pada celah paha selama 20 minit dan bilas sehingga bersih.

Jika kulit anda jenis sensitif, limau nipis boleh memberikan kesan pedih.

Anda boleh gantikan dengan lemon ataupun timun.

Bukan sahaja memutihkan kulit, malah ia mengatasi lebihan minyak pada paha.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain