BILIK tidur dan ruang tamu adalah ruang yang perlu dijaga kebersihan serta kekemasannya bagi membolehkan kita berehat dan tidur dengan tenang. Ini termasuklah memastikan ruang ini berbau wangi sepanjang hari. Sebenarnya ada bahan lain yang boleh digunakan untuk tujuan ini jika tidak mahu menggunakan pewangi bilik. Bukan sahaja mudah, tetapi baunya juga cukup menenangkan selain tidak memerlukan kos yang tinggi dan paling penting tidak membahayakan kesihatan. Menurut Azlin Alias, dia menggunakan empat bahan untuk mengharumkan bilik sehingga baunya semerbak ke segenap ruang. Azlin menunjukkan bahan-bahan digunakan untuk mewangikan bilik. Bahan-bahan 1. 2 cawan kecil pewangi baju (Softlan) 2. 2 sudu kecil baking soda 3. 2 cawan cuka masakan 4. 1 cawan air panas Cara-caranya 1. Campurkan semua bahan dalam satu bekas mengikut turutan bahan di atas 2. Kacau semua bahan sehingga sebati 3. Masukkan campuran ke dalam satu botol kosong jenis semburan (spray) Tangkap layar menunjukkan cara Azlin menyembur campuran tersebut pada langsir. Dalam video perkongsiannya, Azlin menunjukkan beberapa ruang dan fabrik yang disembur seperti langsir, karpet dan bantal. Selepas petua ini menjadi, barulah berasa lebih yakin sekiranya nak jemput tetamu datang ke rumah. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube