suria

Dah tak macam masuk sauna! Ramai komen ‘puas hati’ selepas cuba tip viral sejukkan ruang di musim panas

Seorang wanita menunjukkan cara paling mudah untuk menyejukkan ruang bilik.

SEMUA orang berisiko menjadi ‘mangsa’ cuaca panas kerana ia memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia dan mempengaruhi kehidupan seharian.

Kesan terhadap kesihatan boleh sampai ke tahap paling buruk dan boleh menyebabkan maut, sebagai contoh akibat strok haba.

Bahang kepanasan ini bukan sahaja berlaku di luar kediaman yang disuluh terik matahari, malah turut dirasai sekiranya kita berkurung di dalam rumah juga.

Memandangkan cuaca panas melampau sejak kebelakangan ini, ramai menggunakan pendingin hawa (air-conditioner) sehingga berlakunya kenaikan bil.

Susulan bil yang melambung, pengguna terpaksa mencari jalan supaya bil berada pada kadar biasa dan cara paling mudah ialah mengurangkan penggunaan elektrik.

Isi air paip separuh penuh ke dalam baldi atau bekas bersaiz besar.

Berikutan fenomena yang berlaku di hampir sebahagian benua Asia ini, tidak salah sekiranya kita mengambil beberapa langkah untuk mengatasi masalah ini.

Tular perkongsian oleh seorang wanita, pnnfam07 di TikTok tentang kaedah yang digunakan olehnya untuk mengurangkan haba atau bahang di rumah.

Cara-caranya:

1. Sediakan bekas atau baldi bersaiz besar

2. Masukkan air paip sehingga separuh penuh

3. Letakkan di mana-mana ruangan bilik yang ingin disejukkan

Komen netizen di TikTok.

Kaedah ini bukan sahaja menjimatkan kos malah ternyata berkesan.

Perkara itu dapat dibuktikan di ruangan komen apabila ramai yang turut menggunakan cara ini untuk mengurangkan rasa bahang.

Ada juga yang mencadangkan supaya baldi takungan air itu diletakkan di hadapan kipas yang berpusing supaya udara menjadi lebih sejuk.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain