suria

Bahaya campak inhaler asma, pek ubat terpakai sesuka hati! Buang cara selamat di lebih 600 pusat pengumpulan

Inhaler sering dibuang sebelum kosong sepenuhnya menyumbang kepada pencemaran alam sekitar.

PEMBUANGAN ubat ubatan sesuka hati seperti dalam sinki atau tandas boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar.

Lebih parah apabila loji kumbahan tidak berupaya merawat sisa kimia dalam air dan akhirnya menyebabkan pencemaran sistem pengairan.

Malah, sisa ubat ubatan yang mengandungi bahan kimia larut air boleh memasuki sistem pengairan, seterusnya membahayakan hidupan akuatik.

Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia yang dilancarkan 14 Jun lalu, GSK Malaysia mengambil peranan penting dalam pelupusan sisa perubatan menerusi fasa kedua kempen dengan tanda pagar (hashtag) #GiveBack di seluruh negara.

Kempen ini merupakan usaha Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) di seluruh Malaysia untuk mengumpul alat sedut pelega (inhaler) asma dan pek ubat terpakai, tamat tempoh atau tidak diingini untuk pelupusan yang teratur dan selamat.

Menerusi kempen ini, selain jangkauannya diperluaskan bilangan pusat pengumpulan untuk memudahkan penglibatan ramai juga ditambah.

GSK #GiveBack Launch Event (4)

Menurut Naib Presiden dan Pengurus Besar GSK Malaysia & Brunei, Dr Jonathan Pan, sebagai sebahagian daripada komitmen terhadap kemampanan global, GSK memberi sepenuh perhatian bagi mencapai impak sifar bersih ke atas iklim dan impak positif bersih ke atas alam sekitar menjelang 2030.

"Kempen #GiveBack kami menyokong matlamat-matlamat tersebut dengan menawarkan kaedah mudah bagi orang ramai di Malaysia melupuskan alat sedut pelega asma dan pek ubat terpakai secara bertanggungjawab dan sekali gus mengurangkan kesan negatif terhadap bumi.

"Pada Jun 2022, kami memulakan fasa perintis bersama rakan kempen pertama Big Pharmacy dan sekarang dengan pertambahan rakan-rakan farmasi dan kumpulan penjagaan kesihatan, kami teruja dengan perluasan program ini dan mengharapkan penglibatan rakyat Malaysia dalam #GiveBack,” katanya.

Di peringkat global, sistem penjagaan kesihatan menyumbang kira-kira 5.9 juta tan sisa pepejal kepada tapak pelupusan sampah dan lebih 4 peratus pelepasan karbon.

Antaranya ialah alat sedut pelega asma yang sering dibuang sebelum kosong sepenuhnya.

Penyedut seumpamanya mengandungi bahan dorong merupakan gas rumah hijau yang menyumbang kepada pemanasan global.

GSK #GiveBack Launch Event (1)

Naib Presiden dan Pengurus Besar GSK Malaysia & Brunei, Dr Jonathan Pan ketika memberi ucapan pelancaran kempen.

Setiap satu penyedut berkenaan berpotensi melepaskan gas rumah hijau yang boleh memenuhi 300 belon, dan bila digabungkan dengan mana-mana sisa perubatan, boleh menyebabkan kebakaran atau menyusup ke dalam alam sekitar.

Bukan itu sahaja, pembungkusan pek ubat terpakai lazimnya digunakan di dalam penyimpanan ubat menyumbang kepada sisa tapak pelupusan sampah, dan ubat yang tidak dihabiskan di dalam pek tersebut mendatangkan bahaya larut lesap ke dalam tanah atau saluran air.

Kempen #GiveBack GSK ini sejajar dengan kempen ‘Memulangkan Ubat’ oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, dan menggesa semua rakyat Malaysia untuk menyokong usaha ini dengan membawa alat sedut pelega asma dan pek ubat terpakai ke mana-mana pusat pengumpulan untuk dilupuskan dengan teratur.

Sebagai kaedah menarik penglibatan lebih ramai rakyat Malaysia kepada kempen ini, GSK telah menugaskan pemasangan seni kreatif menggunakan sisa pek ubat dan alat sedut pelega asma yang dibuang.

Hasil seni tersebut, yang direka oleh pelajar dari The Design School di Taylor's University, menyerlahkan kepentingan pelupusan sisa perubatan lebih teratur dan kesannya terhadap alam sekitar sambil turut memberi peluang kepada generasi akan datang untuk terlibat dalam advokasi alam sekitar.

Hasil seni berkenaan dipamerkan semasa jerayawara GSK #GiveBack menggunakan lori paparan di lokasi trafik tinggi di seluruh Lembah Klang, bagi menyemarakkan kesedaran dan meningkatkan minat terhadap kelestarian alam sekitar.

GSK #GiveBack Launch Event (6)

Pemasangan seni kreatif menggunakan sisa pek ubat dan alat sedut pelega asma yang dibuang.

Kempen #GiveBack akan terus menerima alat sedut pelega asma dan pek ubat terpakai di mana- mana tong pembuangan GSK #GiveBack yang terletak di farmasi dan hospital atau klinik rakan kongsi di seluruh negara.

Orang ramai juga boleh membuang sisa perubatan mereka semasa jerayawara Roving Truck dari 17 sehingga 26 Jun 2023.

Kolaborasi meluas bersama rakan-rakan Alpro Pharmacy, AM PM Pharmacy, Big Pharmacy, CARiNG Pharmacy Group, FirstCare Pharmacy, Health Lane Family Pharmacy, Mega Kulim Pharmacy, Park@city Pharmacy & Medical Supplies, Straits Pharmacy dan Sunway Multicare Pharmacy, disokong oleh Persatuan Farmasi Malaysia (MPS), menambah pusat pengumpulan bagi kemudahan lebih ramai pengguna.

Alat sedut pelega asma dan pek ubat terpakai boleh dibuang di lebih 600 pusat pengumpulan di seluruh negara bagi pelupusan yang teratur dan selamat.

Untuk maklumat lanjut tentang kempen ini, sila lawat farmasi/hospital berdekatan anda atau log masuk ke Instagram The Design School @ Taylor's University.

Marilah berganding tangan menyokong kempen ini dan menyumbang kepada masa hadapan yang mampan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain