SEHINGGA hari ini, buah durian masih ‘rancak’ dicari oleh para peminatnya. Malah, ada yang sanggup berbelanja besar bagi menikmati raja buah yang hanya muncul setahun sekali ini. Tetapi ada kalanya kita terpedaya dengan tipu helah peniaga-peniaga yang hanya memikirkan untung sahaja. Maka adalah penting untuk kita memiliki sedikit ilmu mengenai cara ‘menilik’ durian supaya tidak menanggung kerugian kerana isinya tidak elok. Tip tersebut dikongsikan oleh SZ Abdullah di grup Masak Apa Hari Ini di Facebook. Belahan pada bawah durian boleh dijadikan panduan memilih durian. 1. Pilih durian berbentuk bulat Menurut pedagang durian, buah yang berbentuk bulat memiliki jumlah isi lebih banyak berbanding lonjong 2. Saiz sama tapi berat berlainan Pilih yang lebih ringan! Biasanya semakin berat buah, semakin besar bijinya, maka isinya juga lebih nipis. Nak banyak isi pilihlah yang lebih ringan jika saiz durian lebih kurang sama saja. Durian yang baik boleh diketahui dengan melihat keadaan tangkai. 3. Teliti tangkai durian Pilih tangkai pendek dan tebal yang menandakan isi tebal dan banyak Tangkal tidak terlalu kering menunjukkan buah masih baharu. 4. Berbunyi apabila digoncang Apabila ada bunyi getaran ketika digoncang, ia menandakan isi buah sudah matang dan kering. Isi durian yang lembik dan lembab melekat pada dinding kulit menyebabkan bunyi kurang didengari apabila digoncang. 5. Hidu bau durian Durian yang bagus dan sudah masak mengeluarkan bau manis dengan kombinasi aurat pahit. 6. Duri bersaiz besar, pendek dan jarang Elakkan membeli durian yang memiliki duri panjang dan rapat-rapat. Biasanya durian dengan duri yang pendek, besar dan jarang-jarang memiliki isi lebih bagus. 7. Pilih durian belah lima Bahagian bawah durian boleh dilihat berapa jumlah belahan. Biasanya terdapat antara lima hingga enam belahan pada durian. Pilih yang terdapat lima belahan kerana isinya lebih banyak. 8. Elak beli durian musim hujan Apabila musim hujan yang berangin, banyak buah durian gugur biarpun belum cukup masak. Namun penjual tetap menjual buah tersebut biarpun belum cukup matang. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube