suria

Batuk, sakit tekak tak baik-baik? Mujur doktor sudi kongsi ramuan semula jadi hilangkan sakit, terus rasa lega

Batuk berpanjangan boleh mengganggu urusan harian.

CUACA panas terik sejak beberapa bulan lalu menyebabkan ramai memilih untuk minum minuman sejuk bersama ais batu.

Walaupun ia boleh menghilangkan dahaga tetapi ais batu akan menyebabkan anda diserang sakit tekak dan batuk.

Jika mengalami masalah batuk berpanjangan, apa kata cuba gunakan sembilan sumber alam ini yang dikatakan baik untuk hilangkan batuk seperti yang dikongsikan Dr Suri Roowi di Facebooknya.

1. Minum air serbuk halia

Apabila halia dikeringkan dan dikisar jadi halia serbuk, bahan khasiat (gingerol) akan bertukar kepada shogaol.

Shogaol adalah dua kali lebih pedas berbanding gingerol.

Bahan shogaol boleh bertindak sebagai ubat batuk.

2. Makan nanas

Nanas mengandungi enzim bromelain.

Enzim ini bantu cairkan kahak dan dapat mengurangkan batuk.

3. Minum madu asli

Madu asli sangat membantu masalah sakit tekak dan batuk.

Terdapat kajian dibuat menunjukkan ia lebih berkesan berbanding ubat moden yang mengandungi dextromethorphan.

4. Minum yogurt atau madu kelulut

Lactobacillus adalah bakteria baik yang boleh membantu sistem penghadaman dan masalah batuk.

Bakteria baik ini banyak terdapat dalam yogurt dan kajian terkini menunjukkan lactobacillus banyak juga dalam madu kelulut.

5. Minum air limau nipis bersama madu

Limau nipis membantu merawat batuk dengan mengurangkan radang.

Kulit limau nipis tinggi bahan berkhasiat (neohesperidin) berbanding jus.

Cara pengambilan adalah dengan tambahkan madu asli pada kulit limau yang dihancurkan dan ditambahkan jus.

Minum sedikit demi sedikit sehingga sembuh.

Limau nipis lebih berkesan berbanding kasturi untuk masalah batuk.

6. Hidu bawang merah

Bawang merah adalah antara sumber yang mudah didapati untuk membantu kurangkan batuk.

Caranya adalah dengan memotong dan hidu bau bawang tersebut.

7. Minum air kunyit

Kunyit secara semula jadinya mengandungi bahan kurkumin.

Ia juga membantu kurangkan batuk terutamanya jenis batuk tanpa kahak.

Caranya adalah ambil sedikit kunyit bersama madu, ditambah air sebelum diminum.

8. Minum air kayu manis

Rendam satu atau dua kulit kayu manis dalam segelas air panas dan minum sedikit-sedikit.

Kayu manis juga boleh membantu masalah diabetis.

9. Kumur dengan air garam

Boleh disediakan dengan melarutkan sesudu garam dengan secawan air suam.

Dapatkan rawatan oleh doktor di klinik berdekatan sekiranya masalah batuk berlarutan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain