suria

Badan lembik asyik muntah-muntah... Mujur jumpa petua elak mabuk laut, boleh ‘healing’ dengan tenang

Mabuk laut boleh berlaku apabila bahagian dalam telinga yang kawal keseimbangan badan tidak selaras dengan otak.

MABUK laut boleh menghilangkan mood seseorang ketika berada di atas bot mahupun kapal.

Rasa loya sehingga muntah ini disebabkan bahagian dalam telinga yang kawal keseimbangan badan tidak selaras (synchronize) dengan otak.

Akibat daripada otak tidak dapat memproses kestabilan badan, ia menyebabkan individu atas di kapal berasa pening, mabuk lalu terjadinya muntah-muntah.

Malah ramai yang bekerja di syarikat cari gali minyak (offshore) memilih untuk naik helikopter berbanding bot untuk ke pelantar minyak.

Bahagian dalam telinga yang kawal keseimbangan badan tidak selaras (synchronize) dengan otak.

Seorang graduan Sarjana Muda Genetik dan Pembiakan Ikan, Muhammad Fitri Yusof berkongsi empat tip dan kaedah yang boleh dilakukan bagi mengelakkan mabuk laut berulang.

1. Alas perut

Perut kosong biasanya antara alasan utama orang mudah mabuk.

Alas perut dengan mengambil makanan dalam kadar sedikit sebelum berlayar.

Menurut pengalaman Fitri sendiri, dia juga elakkan diri daripada minum minuman bergas.

2. Duduk di bahagian belakang bot

Bahagian belakang bot adalah paling kurang olengan (goncangan) berbanding depan bot.

Duduk di bahagian hadapan bot kononnya 'healing', selepas itu 'barai' (muntah).

3. Jauhi asap bot

Sekiranya menaiki bot kayu, asap yang dikeluarkan boleh buatkan seseorang itu pening dan jadi faktor penguat anda menjadi mabuk dan muntah.

Jadi, elakkan duduk di tempat yang anda mungkin akan terhidu asap bot.

Mabuk laut boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

4. Makan ubat mengelakkan mabuk

Perlu berhati-hati dalam pengambilan ubat ubatan kerana tidak semua ubat berkesan.

Ada jenis ubat yang boleh menghalang diri daripada muntah tetapi badan akan rasa 'menderita'.

Ia kerana badan tetap ingin menolak keluar kandungan dalam perut melalui mulut.

Sebagai kesimpulan, buatlah persediaan secukupnya daripada segi makanan dan rehat yang cukup.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain