suria

Lega sangat dah jumpa petua bersihkan minyak masak hitam... Terus rasa nak goreng ikan cencaru sumbat!

Dapat di lihat perubahan warna minyak masak selepas menggunakan petua ini.

MENGGORENG ikan biasanya memerlukan penggunaan minyak yang banyak.

Bagi mereka yang suka memasak ikan cencaru sumbat, pastinya sudah terbiasa dengan situasi minyak bertukar hitam setelah menggoreng.

Ini disebabkan rempah atau bahan kisar yang disumbat ke dalam ikan terkeluar dan hangit.

Jadi, untuk menggoreng makanan atau sumber protein lain memang terasa tidak bersih pula sehingga terpaksa menukar minyak baharu.

Namun menerusi perkongsian Ariza Kak Chik di Facebook, rupa-rupanya ada cara untuk membersihkan minyak selepas menggoreng ikan cencaru sumbat.

Bancuhan tepung jagung.

Bahan-bahan

1. Tepung jagung

2. Air

Cara-caranya

1. Ambil tepung dengan sukatan tiga hingga empat sudu besar.

2. Tambah air ke dalam tepung dan kacau sebati.

3. Tuang bancuhan tepung jagung ke dalam minyak.

4. Kacau atau 'goreng' bancuhan tepung tadi hingga minyak kembali 'jernih'.

5. Asingkan tepung jagung daripada minyak.

Asingkan tepung apabila minyak sudah kelihatan jernih.

Menerusi kaedah ini, kita dapat jimatkan penggunaan minyak masak terutamanya selepas menggoreng masakan seperti ikan cencaru sumbat.

Ia juga sekali gus dalam mengelakkan pembaziran, maklumlah harga minyak dalam pasaran juga semakin mahal.

Moga perkongsian ini bermanfaat untuk semua, selamat mencuba!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain