suria

Buncit sampai tak nampak kaki, baju raya tak muat! Ramai kata air lemon-halia berkesan kempiskan perut

Ada tiga bahan ringkas boleh diamalkan untuk mengempiskan perut buncit yang dikatakan berkesan.

MASALAH perut buncit sering berlaku kepada ramai individu terutamanya golongan lelaki.

Malah, ada yang perutnya terlalu boroi sehingga tidak dapat melihat kakinya sendiri apabila berdiri.

Individu yang berdepan masalah ini pasti bingung apatah lagi Hari Raya Aidiladha bakal disambut tidak lama lagi.

Pastinya ramai sedang gelisah memikirkan baju raya yang tidak dapat disarungkan lagi kerana perut semakin membesar.

Terdapat beberapa kaedah boleh dilakukan dalam usaha untuk mengempiskan perut beberapa inci sebelum anda akhirnya dapat menyambut hari raya dengan senang hati.

Antaranya dengan mencuba petua dikongsikan oleh Puteri Kasim di TikTok yang tular sehingga meraih lebih 1.8 juta jumlah tontonan.

Puteri menunjukkan kaedah dilakukan untuk mengempiskan perut buncit.

Bahan-bahan:

1. Halia

2. Lemon

3. Madu

Cara-caranya:

1. Rebus halia untuk dijadikan air selama lima minit.

2. Air rebusan halia yang ditapis dibiarkan menjadi suam.

3. Masukkan perahan lemon ke dalam air rebusan.

4. Masukkan satu sudu madu ke dalam air sebelum diminum.

Komen netizen yang membuktikan kaedah ini berhasil menurunkan berat badan.

Selain dapat mengempiskan perut, ia juga dikatakan dapat menurunkan berat badan, membuang angin dan melawaskan proses pembuangan najis.

Namun, menurut Puteri, diet seimbang dan senaman juga perlu sejajar dengan amalan minum air rebusan mengikut petuanya.

Jika diteliti pada ruangan komen, ramai yang mengakui bahawa petua ini berkesan sehingga mereka kurus setelah 'hilang' 20 kilogram (kg).

"Saya selalu buat minuman ni untuk kempiskan perut. Memang berkesan!

"Saya dah cuba pelbagai produk kurus badan. Memang tak kurus-kurus. Tapi bila amalkan minum air halia dan lemon macam ni memang betul-betul kurus. Rugi tak buat dari dulu.

"Adik saya dulu rajin minum macam ni. Sekarang dah kurus sampai berat dari 95kg jadi 75kg. Tu pun dah okay sebab tinggi dia 163 sentimeter (cm). Tapi makan kena jaga juga," komen netizen pada video.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain