APABILA tibanya Hari Raya Aidiladha, ramai yang akan mengambil peluang untuk melakukan ibadah korban. Maka banyaklah agihan bahagian daging korban diberikan oleh peserta yang membuat korban. Sudah pasti organ perut merupakan antara bahagian lembu yang paling menjadi tumpuan ramai untuk dijadikan hidangan istimewa. Paling popular tentunya menu kerabu perut lembu yang rasanya pedas-pedas dan masam, sesuai dijadikan pembuka selera. Perut lembu yang masih belum dicuci dengan bersih. Tetapi tidak ramai yang tahu tentang proses untuk mencuci bahagian organ ini sehingga menjadi putih, bersih dan diyakini untuk dimakan. Namun jangan risau, pengguna Facebook Miz Kema sudi berkongsi cara mencuci perut lembu dengan betul supaya lebih bersih. Cara-caranya: 1. Bersihkan dengan alirkan air paip dalam saluran usus atau perut lembu. 2. Ulang langkah sama beberapa kali sehingga betul-betul bersih. 3. Sapukan perut lembu dengan kapur makan. 4. Rendam dalam air panas sehingga air menjadi suam. 5. Setelah air suam, kikis bahagian kekotoran pada perut. 6. Kemudian, rebus perut lembu sehingga naik wap. 7. Buang air rebusan pertama kemudian tambah air bersih. 8. Rebus sehingga daging menjadi empuk menggunakan api yang sederhana. Kerabu perut lembu pastinya disukai ramai. Sekiranya sudah diyakini bersih, bolehlah anda teruskan dengan memasak organ berkenaan mengikut citarasa masing-masing. Walaupun prosesnya agak rumit, namun usaha keras itu pastinya berbaloi apabila dapat menikmati hidangan perut lembu. Moga perkongsian ini bermanfaat untuk semua, selamat mencuba! Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!