LAMPU kereta sangat penting memandangkan fungsinya untuk menerangi jalan raya pada waktu malam dan hari hujan. Biasanya, pencahayaan kenderaan yang berusia lebih lima tahun akan menjadi malap dan suram kerana bahagian luar lampu berwarna kekuningan. Sekiranya mahu menukarkan lampu pastinya kos yang diperlukan sangat mahal. Terdapat satu kaedah yang boleh dilakukan untuk menanggalkan kesan kuning dengan mudah seperti mana yang dikongsikan oleh @ridzuanzubir75 di TikTok. Dalam video tersebut, lelaki ini hanya menggunakan dua bahan yang ada di rumah untuk menyental bahagian lampu tersebut. Bahan-bahan: 1. Lemon 2. Soda bikarbonat. Cara-caranya: Perahan lemon dan soda bikarbonat dapat melunturkan kekuningan pada lampu kereta. 1. Potong lemon kepada dua bahagian. 2. Tuangkan serbuk bikarbonat ke dalam bekas besar. 3. Celup separa lemon yang telah dipotong ke dalam bekas berisi soda bikarbonat. 4. Perah lemon sehingga keluar jusnya sebelum mula menyental. Sebagaimana ditunjukkan dalam rakaman, lampu yang pada mulanya kelihatan kelabu kembali bersih dan nampak jelas pencahayaannya apabila dicuci. Cuma mengambil masa kurang lima minit, kaedah ini ternyata berhasil. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!