suria

Ahli kimia kongsi tip cuci dinding, jubin berkerak tanpa perlu sental! Sembur-sembur dah bersih

Jubin bilik air yang kotor boleh dicuci menggunakan peluntur.

JUBIN (tiles) di bilik air merupakan kawasan terdedah paling mudah untuk nampak kotorannya memandangkan ruangan tersebut digunakan setiap hari.

Menurut Fatimah Salim, kotoran pada dinding jubin bilik air berpunca daripada sabun, kerak air dan juga aktiviti bakteria.

Maka, kerja membersih dan menyental jubin di dalam bilik air juga bukan mudah kerana kotoran yang melekat sukar untuk dibersihkan.

Fatimah yang merupakan ahli kimia terpanggil untuk berkongsi petua membersihkan bilik mandi kotor dengan orang ramai setelah diminta oleh rakannya sendiri.

1001145

Pelbagai kaedah dan pencuci digunakan oleh kawan Fatimah untuk mencuci dinding namun tidak menjadi. - Gambari hiasan

Cara-caranya

1. Tuangkan cecair peluntur ke dalam bekas penyembur dan sembur (spray) pada permukaan dinding berjubin atau kaca kotor dan kering.

2. Tinggalkan selama beberapa jam atau semalaman untuk hasil lebih baik.

3. Jika masih lagi ada bau peluntur pada keesokan harinya, siram (bilas) dinding dengan air paip dan jika hasilnya kurang berkilat, boleh dilap dengan kain.

Botol jenis semburan yang kosong boleh digunakan untuk mengisi peluntur.

Cara ini sangat sesuai untuk golongan yang tidak suka menyental dinding.

Malah, kaedah ini boleh dilakukan untuk membersihkan tab mandi, singki dan mangkuk tandas.

Namun, perlu diingatkan bahawa cara ini hanya sesuai untuk mereka yang berani dan cermat sahaja.

Ini disebabkan cecair peluntur bersifat kuat dan boleh menghakis kulit jadi berhati-hati semasa menggunakannya dalam keadaan pekat.

Jika terkena kulit, segera basuh dengan air.

1001143

Bilik air merupakan kawasan paling mudah kotor kerana digunakan setiap hari. -Gambar hiasan

Sila pastikan anda tutup mulut dan hidung dengan kain atau topeng yang mampu menghalang bau cecair peluntur dihidu secara langsung kerana ia mudah meruap dan boleh menyebabkan komplikasi pernafasan.

Pastikan buka tingkap atau pintu untuk membebaskan keluar gas cecair peluntur yang meruap.

Dalam pada itu, pemakaian goggle atau cermin mata adalah penting untuk mengelakkan titisan aerosol terkena mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain