suria

Dapur sempit, penuh barang boleh disorok! DIY saja 'partition'... Lebih jimat, ruang nampak luas dan mewah

Partition yang dibina memberi nilai tambah pada ruangan. -Gambar Mamalina

BUKA sahaja daun pintu, pasti akan nampak terus ruang dapur.

Kadang-kadang terasa malu untuk menjemput ahli keluarga mahupun rakan-rakan datang ke rumah.

Mana tidaknya, ruang dapur yang sempit membuatkannya sarat dengan pelbagai jenis barangan sehingga kelihatan tidak kemas.

Nak perbesarkan ruangan pula memerlukan modal yang banyak.

Jadi kaedah terbaik yang boleh dilakukan adalah dengan 'menyembunyikan' dapur anda melalui pemasangan partition atau pembahagi ruang.

Kos membinanya pula tidak mahal mana, bergantung kepada bahan yang digunakan, ketinggian serta keluasan.

Kalau nak lebih jimat, anda boleh ikuti panduan Isyraf Zulkifli ini dan DIY (buat sendiri) partition mengikut cita rasa.

Penggunaan material yang tepat dapat membantu mencantikkan ruangan.

Penggunaan material yang tepat dapat membantu mencantikkan ruangan.

1. Kenal pasti material

Sesetengah individu lebih gemar menggunakan kayu kerana dikatakan mempunyai nilai estetika tersendiri.

Bagaimanapun, terdapat pelbagai pilihan bahan yang berada dalam pasaran masa kini seperti aluminium, besi tahan karat dan PVC.

2. Ukur ketinggian dari lantai ke siling

Penting untuk mengetahui panjang material yang ingin digunakan sebagai partition. Andai pendek, pasti sukar untuk memasangnya.

Jadi pastikan anda mendapatkan ukuran yang tepat ya.

3. Tetapkan lebar partition

Segalanya terserah kepada anda, sama ada ingin menutup separuh atau tiga per empat daripada ruangan.

Pemasangannya perlu mengikut kesesuaian antara ruang dapur mahupun ruang tamu.

4. Tentukan jarak antara tiang

Dengan mengetahui jarak, anda dapat menentukan berapa batang bahan untuk partition yang diperlukan.

Barulah boleh jimat dan tiada pembaziran.

Tip untuk mendapatkan hasil yang 'gempak' adalah dengan meletakkan alat pelaras seperti skru pada setiap hujung bahan.

Ia dapat membantu memastikan pemasangan partition yang kemas, kukuh dan tidak mudah jatuh apabila 'terlanggar'.

Jadi apa tunggu lagi? Make-over ruangan anda supaya tampak lebih mewah dan luas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain