suria

Sakit hati monyet asyik pecah masuk rumah! Cuba guna 2 bahan ini, mudah dan jimat... Tak perlu baling mercun

Kehadiran monyet mengganggu penduduk setempat.

BAJU di ampaian asyik hilang, kadang-kadang dapur di rumah pun berselerak kalau dimasuki monyet dan kera.

Malah penghuni asrama mahupun kolej pun kena hadap masalah yang sama kerana kebanyakan kawasan penempatan berhampiran hutan.

Bagi mereka yang berdepan situasi begini, apa kata cuba petua dikongsikan Noor Jeey Pojie di Facebook.

Katanya bukan sahaja monyet, tikus pun lari bertempiaran.

Paling penting anda tak perlu keluarkan modal yang mahal atau bakar mercun di siang hari.

Gegat dan belacan yang digaul sebati untuk menghalau monyet atau kera.

Gegat dan belacan yang digaul sebati untuk menghalau monyet atau kera.

Cara-caranya:

1. Tumbuk ubat gegat sehingga hancur.

Nak mudah tumbuk sebelum plastik dibuka.

2. Masukkan ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama belacan.

Apabila sebati, masukkan dalam botol dan tebuk lubang supaya bau yang terhasil daripada ramuan tadi keluar.

3. Gantungkan di mana-mana kawasan monyet selalu bermain-main.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain