suria

Macam-macam cara dah cuba, sayur dalam peti sejuk cepat rosak! Nasib baik jumpa petua mudah, ikut nasihat suri rumah

Teknik simpanan yang betul dapat mengekalkan kesegaran sayur di dalam peti sejuk.

BELI pukal dan borong sebab nak jimat, tapi tak sampai seminggu sayur dan barang mentah sudah rosak dan layu walaupun disimpan dalam peti sejuk.

Rupanya ada teknik penyimpanan lebih mudah untuk memastikan sayur dan bahan mentah lain seperti ayam dan makanan laut kekal segar sementara menunggu giliran untuk dimasak.

Kali ini mStar kongsikan beberapa petua penyimpanan bahan mentah yang boleh dilakukan kaum hawa di rumah.

cili

1. Sejuk beku

Bagi Hamari Adhuri Kahani, teknik simpanan secara sejuk beku boleh membantu mengekalkan kesegaran bahan mentah terutama cili.

Jika betul kaedahnya ia boleh sampai berbulan-bulan ya!

sayur

2. Bekas kedap udara

Kaedah yang diamalkan Azlin Safena Azihar pula adalah dengan membasuh dan merendam sayuran di dalam larutan air garam terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

Bagi serai dan lengkuas pula seeloknya direndam sepenuhnya di dalam balang berisi air dan ditutup rapi. Sesuai juga untuk halia dan kunyit hidup. Air perlu ditukar dua minggu sekali.

Untuk cili, seeloknya tangkai dibuang sebelum dibungkus menggunakan tisu atau surat khabar. Jangan lupa masukkan bawang putih supaya dapat tahan lebih lama.

perap

3. Perapan

Makanan laut paling sukar nak simpan lama sebab cepat rosak ataupun bertukar hitam.

Amalan menaburkan gula sebelum simpan boleh menjadikan makanan laut seperti udang kekal segar dan tak tercabut kepala.

Pastikan cuci sehingga bersih sebelum guna supaya masakan tidak manis.

Namun bagi Anihmsk dia lebih gemar membuat perapan pada ayam mengikut menu berbeza. Jadi hari-hari boleh bertukar menu masakan supaya anak tidak jemu, memasak pun lebih mudah dan cepat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain