suria

Dah makan banyak daging masa raya, baru nak risau kesihatan! Ambil 7 makanan ini untuk kurang tahap kolesterol

Masakan berasaskan daging antara makanan yang tinggi kolesterol.

APABILA menyambut Aidiladha, sudah tentu banyak makanan berasaskan daging dihidangkan.

Gulai, rendang, sup, serunding serta kerutub daging antara masakan yang sering disajikan di mana-mana rumah yang kita kunjungi.

Dalam kita tidak sedari, pengambilan sumber protein yang kaya dengan purine ini boleh menyebabkan tahap kolesterol meningkat.

Selain mengawal pemakanan ketika musim perayaan, ada baiknya juga kita amalkan cara ini sebagai usaha untuk menurunkan paras kolesterol.

Cara ini disarankan oleh Dr Suri Roowi menerusi laman Facebooknya dan boleh dicuba oleh orang ramai.

"Rasanya ramai antara kita menikmati pelbagai hidangan berasaskan daging semasa hari raya ini.

"Disertakan petua yang telah dilakukan ujian saintifik untuk membantu mengurangkan kolesterol secara alami," katanya.

1. Amalkan minyak zaitun

Makan atau minum minyak zaitun (banyak asid lemak mono tak tepu).

Minyak zaitun telah dibuktikan dalam banyak kajian saintifik di seluruh dunia untuk kesihatan jantung.

2. Makanan tinggi fiber larut air

Makanan kaya dengan sumber fiber larut air contohnya oat dan buah-buahan seperti buah tin, prune.

Fiber larut air lebih tinggi keupayaan untuk membantu menurunkan kolesterol berbanding fiber tak larut air.

3. Oat dan barli

Makan oat dan minum barli yang merupakan sumber tinggi beta-glukan.

Bahan ini berupaya mengawal kemasukan kolestrol dalam darah.

4. Bawang putih

Bawang putih mengandungi allicin dan komponen sulfur.

Alicin fungsinya membantu cairkan darah.

5. Limau kasturi antikolesterol

Minum jus oren, lemon atau limau kasturi kerana kaya bahan flavanone yang mana bertindak sebagai antikolesterol.

Dalam tubuh, bahan ini membentuk bahan yang bertindak sebagai antikolesterol.

6. Teh hijau

Minum air rendaman teh hijau kerana ia kaya bahan epigallocatechin (ECGC) dan epicatechin yang boleh membantu turunkan kolesterol.

7. Minyak ikan

Ambil makanan tambahan berasaskan minyak ikan kerana ia kaya dengan khasiat omega3 yang juga bagus untuk menurunkan risiko sakit jantung.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain