suria

Popular kembali dengan diskaun hebat! Peluang ‘shopping’ buku, alat tulis dan gajet sebanyak mungkin

Popular kembali dengan promosi hebat untuk alat tulis, gajet dan pelbagai jenis buku selama empat hari.

BIG Sale Popular kini kembali lagi dengan promosi hebat selama empat hari untuk anda.

Tawaran luar biasa ini berlangsung dari 29 Jun hingga 2 Julai di 41 kedai buku Popular dan Harris terpilih di seluruh negara.

Diskaun istimewa sehingga 20 peratus diberikan eksklusif untuk ahli Popular.

Sepanjang promosi ini, pelbagai jenis alat tulis, gajet dan IT, CD dan DVD serta buku-buku seperti fiksyen, bukan fiksyen, kanak-kanak dan komik akan dijual dengan harga menakjubkan.

Bagi yang masih belum menjadi ahli Popular, anda boleh memohon atau memperbaharui Kad atau e-Kad Popular untuk tiga tahun bagi mendapatkan baucar tunai bernilai RM10 atau satu tahun untuk baucar tunai bernilai RM6.

Bukan itu sahaja, baucar tunai boleh digunakan serta-merta untuk membeli belah.

Lebih menarik lagi, jika berbelanja lebih maka lebihlah ganjaran diperolehi

Diskaun sehingga 20 peratus bagi alatan tulis, buku dan gadget.

Jangan lepaskan peluang mendapatkan baucar tunai RM10 dengan perbelanjaan RM150 nett dan ke atas sepanjang promosi Big Sale Popular.

Anda juga boleh menikmati lebih penjimatan dengan Hot Deals dengan mendapatkan diskaun sehingga 60 peratus untuk barangan terpilih, khas untuk anda.

Lebih jimat dan berbaloi dengan tawaran Beli dengan Belian (PWP) yang mana pelanggan boleh menikmati diskaun sehingga 50 peratus untuk barangan terpilih seperti kelalang haba UZSPACE dan pemacu kilat Kingston apabila anda berbelanja melebihi RM80 nett sepanjang promosi ini.

Tunggu apa lagi? Kunjungi kedai buku Popular atau Harris terpilih dan nikmati tawaran hebat sekarang!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain