suria

Mudah sangat nak halau semut ‘ceroboh’ bekas gula, cuma guna 3 rempah ratus dibenci serangga ini

Terdapat tiga bahan di dapur boleh digunakan untuk menghalau semut dalam gula.

SUDAH pasti ramai antara kita yang pernah alami masalah semut 'menceroboh' masuk bekas gula.

Situasi ini berlaku apabila anak-anak tidak menutup bekas gula dengan sempurna atau berlaku kebocoran pada plastik gula.

Tetapi untuk mengasingkan semut yang banyak dalam gula bukanlah satu perkara mudah.

Jadi bagaimana mahu ‘menghalau’ semut tanpa membunuh menggunakan racun serangga?

Jom lihat tip dikongsikan pelayar TikTok, Cek Yah untuk menghalau serangga itu tanpa perlu membuang gula tersebut.

Masukkan rempah ratus ke dalam gula yang dimasukkan ke dalam bekas bertutup.

Bahan-bahan:

1. Kulit kayu manis

2. Bunga cengkih

3. Cili kering

4. Bekas bertutup

Cara-caranya:

1. Tuangkan gula yang dimasuki semut dalam satu bekas besar.

2. Masukkan kulit kayu manis, bunga cengkih dan cili kering.

3. Gaul bahan-bahan tadi sehingga tertimbus dalam gula.

4. Tutup bekas tetapi tinggalkan sedikit ruang supaya semut boleh keluar.

5. Tinggalkan semalaman untuk memberi masa semut keluar dari dalam gula.

Kaedah ini sesuai untuk menghilangkan semut dalam gula.

Sekiranya masih terdapat semut di dalam gula, taburkan semula gula ke dalam talam untuk asingkan serangga ini secara manual.

Jangan buang rempah ratus yang diasingkan kerana ia masih boleh diguna untuk masakan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain