suria

Sangat bermanfaat, senang hati akhirnya dapat petua cuci papan pemotong... Sental guna 4 bahan di dapur je!

Kotoran degil pada papan pemotong boleh ditanggalkan menggunakan bahan di rumah.

PAPAN pemotong merupakan salah satu perkakas dapur yang cukup penting bagi proses penyediaan makanan.

Tidak kira sama ada jenis kayu atau plastik, papan pemotong akan berubah warna jika ia kerap digunakan.

Kebiasaannya ia akan meninggalkan kesan kotoran berwarna kuning dan hitam, tentu sekali ia 'menyakitkan' mata.

Papan pemotong yang kotor boleh dicuci menggunakan bahan di rumah.

Tapi kini anda tidak perlu risau kerana papan pemotong kesayangan dapat diselamatkan dengan teknik cucian yang betul.

Hanya menggunakan empat bahan yang ada di dapur, pengguna TikTok dengan akaun momihood berkongsi video kaedah mencuci papan pemotong agar kembali bersih dan cantik dipandang.

Bahan-bahan:

1. Limau nipis

2. Baking soda

3. Cuka putih

4. Garam

Baking soda dan cuka putih boleh digunakan untuk mencuci papan pemotong.

Langkah-langkah:

1. Bilas dengan air kemudian taburkan garam pada papan lalu ratakan pada seluruh permukaan.

2. Tabur baking soda lalu gosok seluruh permukaan papan.

3. Tuang cuka putih yang biasanya digunakan untuk masakan.

4. Untuk lebih efektif, gunakan limau nipis bag menanggalkan kotoran serta bau pada papan.

5. Bilas menggunakan air panas apabila warna hitam sudah tertanggal ketika menggosok.

Dalam video ditunjukkan, kotoran hitam pada papan pemotong yang kotor berjaya ditanggalkan.

Kaedah ini bukan sahaja berhasil, malah boleh menjimatkan wang kerana tidak perlu membeli papan yang baharu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain