suria

Ibu-ibu je faham, susah hati tengok badan anak berbintat... Cuba guna serai wangi, boleh cegah gigitan nyamuk

Serai merupakan tanaman yang sesuai untuk elak daripada digigit nyamuk.

GIGITAN nyamuk merupakan satu hal yang cukup dibimbangi orang ramai.

Apatah lagi dalam keadaan sekarang, di mana 48,712 kes demam denggi dilaporkan pada minggu epidemiologi ke-22, peningkatan sebanyak 158 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu iaitu dari Januari hingga 3 Jun.

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil, perkara ini pasti lebih membimbangkan walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk menghalau nyamuk daripada meninggalkan kesan berbintat-bintat akibat gigitan pada tubuh si kecil.

Sebenarnya terdapat cara semula jadi menghalau nyamuk di rumah iaitu dengan menanam tumbuhan seperti serai wangi.

Serai adalah tanaman penghalau nyamuk yang sangat efektif, maka tidak hairan jika ia banyak digunakan untuk menghasilkan produk komersial seperti sabun, lilin dan pewangi.

Menyedari keperluan ini, MamyPoko Antimos Pants memperkenalkan solusi yang pertama seumpamanya bersempena Hari Denggi Asean.

Serai adalah tanaman penghalau nyamuk yang sangat efektif.

Selepas ini para ibu akan berasa lebih tenang kerana si manja mereka terlindung daripada gigitan nyamuk yang menjengkelkan, pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Menggunakan Teknologi Berpaten Jepun, lampin pakai buang dengan ekstrak serai wangi semula jadi ini berkesan menghalau nyamuk sehingga 8 jam.

Bukan itu sahaja, teknologi Big Dry Zone+ yang inovatif pula mengawal daya serapan dan kekeringan sehingga 10 jam.

Hasil gandingan ciri yang unik ini dengan pelbagai ciri lain, membolehkan bayi menikmati keselesaan optimum selain dapat bermain dan tidur tanpa gangguan, bebas daripada gigitan nyamuk.

Seiring dengan pelancaran baharu ini, MamyPoko turut memperkenalkan laman web yang dikhususkan untuk memerangi denggi, www.mamypokoagainstdengue.com.

Platform ini memperkasakan para ibu dengan memberikan maklumat dan sumber penting tentang pencegahan denggi.

MamyPoko memperkenalkan lampin pakai buang yang digabungkan dengan serai wangi semula jadi.

Ia memaparkan makluman terkini iDengue supaya ibu bapa boleh menyemak sama ada rumah mereka tersenarai dalam kawasan hotspot denggi.

Selain itu, laman web ini turut berkongsi kisah sebenar berkaitan denggi dan butiran tentang MamyPoko Antimos Pants baharu.

Cubalah MamyPoko Antimos Pants baharu ini, yang kini boleh didapati di pasar raya besar, pasar raya, kedai serbaneka dan platform e-dagang utama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain