suria

Dengar macam pelik, rupanya kaedah tanam pisang terbalik boleh dapat hasil lumayan... Pokok rendah, buah pun besar!

Teknik penanaman terbalik memberi banyak faedah.

POKOK pisang terkenal sebagai tumbuhan yang mudah hidup meskipun tidak dijaga dengan rapi.

Namun hasilnya sekadar untuk kudapan petang sahaja.

Tapi tahukah anda bahawa kaedah penanaman terbalik seperti diperkenalkan seorang pensyarah Universiti Chiangmai, Thailand, Dr Yak Maejo boleh memberikan hasil yang lebih baik?

Ia diakui seorang pekebun tempatan yang pernah menggunakan kaedah menanam pokok pisang secara terbalik.

"Saya buat kaedah itu. Benarlah, banyak anak-anak pokok tumbuh keliling... tapi perlu dijaga kerana tunas baru yang keluar itu enak dimakan oleh ayam," katanya berkongsi pandangan di halaman Facebook.

Selain mengajak pencinta tumbahan untuk mencuba, dia juga menyatakan teknik tersebut sesuai untuk semua jenis pisang.

Antara faedah tanaman dengan cara ini adalah:

1. Banyak anak pisang akan tumbuh daripada satu benih.

2. Pokok tidak mudah tumbang akibat tiupan angin sebab rendah.

3. Pokok cepat berbuah.

4.Buah banyak dan besar dalam satu tandan.

1

Bagi yang ingin mencuba, bolehlah mengikut panduan seperti ini:

1. Potong batang pisang sehingga pangkal umbi.

2. Buang semua akar-akar halus dan bersihkannya dengan air.

3. Gali lubang dan tanam umbi tadi dalam keadaan terbalik manakala tanah dikambus paras-paras akar sahaja.

3

4. Siram pagi dan petang setiap hari.

5. Dalam tempoh sebulan, anak pokok akan setinggi paras pinggang.

5

6. Perlu pindahkan apabila anak pokok dah besar dan terdapat banyak sulur.

Tinggalkan dua atau tiga sahaja bersama induk kerana bimbang induk kurang subur sebab terpaksa berkongsi baja dengan anak pokok.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain