suria

Patutlah bil elektrik tinggi, aircond tak sejuk mana! Rupanya salah selenggara, cuba 7 tip penjagaan ini

Penghawa dingin berdebu punca bil elektrik tinggi.

MUSIM panas yang melanda negara menyebabkan pendingin hawa dipasang 24 jam sehari di kebanyakan rumah.

Kesannya, bil elektrik meningkat secara mendadak sehingga ramai membuat rungutan di media sosial.

Paling membimbangkan apabila alat penyejuk itu rosak kerana tidak sempat 'berehat'.

Bagi penggunaan aircond yang heavy, anda boleh amalkan tip penjagaan yang dikongsikan Nur Muhammad ini bagi mengelakkan kos penyelenggaraan meningkat dan tidak cepat rosak. Harga untuk satu unit adalah ribuan ringgit ya!

1. Lakukan pemeriksaan berkala

Sekurang-kurangnya dua bulan sekali bagi penapis udara. Jangan sampai debu masuk melepasi penapis udara tersebut.

2. Pastikan compressor tidak diselaputi debu tebal

Sentiasa perhatikan penapis kipas yang berada di luar pada compressor supaya udara yang melalui outdoor tidak tersumbat oleh debu yang tebal.

Pastikan blower sentiasa bersih daripada habuk dan kotoran.

Pastikan blower sentiasa bersih daripada habuk dan kotoran.

3. Blower dalam keadaan bersih

Pastikan kipas blower di dalam aircond berada dalam keadaan bersih. Jika berdebu, anda akan ketahui udara yang terhasil dari hembusan aircond tidak kuat atau udara tidak akan sekata.

4. Sentiasa pastikan tidak ada debu yang berada di atas unit aircond

Jika berdebu, lap dan buang. Ini akan mengurangkan risiko aircond anda daripada berdebu.

5. Jika aircond anda adalah aircond inverter serta mempunyai sistem sensor ionizer, anda amat beruntung.

Sensor yang telah diletakkan di dalam aircond tersebut akan membantu anda memberikan petanda tentang tahap kotoran aircond.

Jika anda mengabaikan penjagaannya, ini antara masalah yang bakal dihadapi.

1. Aircond tidak sejuk.

2. Compressor tidak berfungsi

3. Komponen aircond akan mengalami kerosakan

4. Kos penyelanggaraan akan meningkat

5. Bill elektrik rumah akan melambung berkali ganda

Jadi, memang tugas anda untuk melakukan serta mengamalkan lima tip yang akan memberikan kesan kepada diri anda, keluarga serta kewangan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain