suria

Memang menjadi! Kena cuba petua bancuh semula sabun basuh pinggan... Daripada seliter terus ‘beranak’ jadi 6 botol

Suri rumah boleh gandakan kuantiti sabun basuh pinggan yang dibeli dengan mudah.

SELAIN barangan basah, sabun basuh pinggan merupakan bahan yang paling kerap dibeli.

Kalau sebulan sebotol mungkin tidak membebankan tapi bayangkan jika penggunaanya lebih, boleh rungsing fikirkan kos yang perlu dikeluarkan.

Bagi anda yang ingin berjimat, boleh cuba petua yang dikongsikan Ella Syuhaila ini.

Daripada sebotol sabun pencuci pinggan, anda boleh gandakan menjadi enam botol.

Boleh jimat selama enam bulan, bagi penggunaan harian yang biasa.

Campurkan kesemua bahan dan kacau hingga sebati.

Sabun yang dihasilkan mempunyai buih yang banyak.

Bahan-bahan:

1. 1 liter sabun basuh pinggan

2. 5 liter air

3. 1 cawan garam halus

Cara-cara penyediaannya:

1. Sediakan 5 liter air

2. Bancuh garam halus dengan air panas sehingga larut.

3. Kemudian campurkan ke dalam bekas besar yang dah ada 5 liter air.

4. Masukkan 1 liter sabun basuh pinggan.

5. Kacau sehingga sebati semua bahan.

sabun1

Kuantiti sabun menjadi banyak dan menjimatkan.

Paling penting, apa sahaja sabun pencuci pinggan boleh digunakan ya!

Kepekatan sabun yang dihasilkan ini sedikit cair berbanding yang asal tapi buih tetap banyak dan fungsinya masih sama.

Segala kotoran dan kesan minyak dapat dihilangkan, anda juga boleh berjimat. Selamat mencuba!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain