suria

Promosi jenama PKS anda! Siap ada video iklan percuma dengan wajah Sazzy Falak… Bisnes makin kukuh, jualan meningkat

Sazzy Falak menjadi duta #JomSapot BeliLokal 2.0. -Gambar FAIHAN GHANI/The Star

ADAKAH bisnes anda masih terjejas meskipun kini pasca pandemik Covid-19?

Jika perniagaan mikro, kecil dan sederhana (PKS) anda tidak dapat berdiri teguh dalam pasaran masa ini, jangan bimbang kerana terdapat peluang keemasan untuk mempromosikannya.

Menerusi kempen #JomSapot BeliLokal 2.0 yang dipacu RHB Bank Bhd dengan kerjasama Kumpulan Media Star, perniagaan PKS akan disokong dengan mengetengahkan jenama mereka.

Lain daripada yang lain, promosi tersebut dilaksanakan menerusi teknologi kecerdasan buatan atau lebih dikenali sebagai artificial intelligence (AI).

Ia akan menampilkan selebriti tempatan, pengacara TV yang juga usahawan Sazzy Falak sebagai duta jenama PKS, bagi mempromosikan jenama anda sekali gus meningkatkan hasil jualan.

PKS yang mendaftar butiran di laman web RHB #JomSapot (rhbjomsapot.my) boleh mencapai lebih banyak sasaran pelanggan apabila jenama, produk dan perkhidmatan mereka diiklankan menerusi video percuma yang disediakan.

Malah, ia menggunakan perisian pengecaman suara dan muka bagi mencipta semula wajah Sazzy Falak untuk dipadankan dengan butiran yang disediakan oleh PKS terlibat.

Menerusi laman web rhbjomsapot.my, PKS boleh mencapai lebih banyak sasaran pelanggan apabila jenama, produk dan perkhidmatan mereka diiklankan.

PKS yang mengambil bahagian bukan sahaja tidak perlu membayar yuran perbankan untuk bantuan kempen tetapi boleh menyenaraikan perniagaan mereka di kedua-dua platform RHB #JomSapot dan BeliLokal di Kumpulan Media Star tanpa caj tambahan.

Malah sejak kempen ini dilancarkan pada tahun lepas, banyak PKS yang mendapat manfaat, sama ada peningkatan jualan mahupun pengukuhan jenama mereka.

Ini sejajar dengan matlamat yang ditetapkan RHB untuk membantu menyokong perniagaan tempatan dengan membeli daripada PKS.

Kelebihannya terbukti apabila RHB memanfaatkan pangkalan pelanggannya yang besar, manakala Kumpulan Media Star memperluaskan data pengguna menerusi platform miliknya.

Dengan kerjasama ini, ia sekali gus dapat mengetengahkan dan menampilkan produk serta perkhidmatan PKS yang mengambil bahagian.

Antara PKS yang mendapat manfaat daripada kempen #JomSapot BeliLokal 2.0 yang dipacu RHB dengan kerjasama Kumpulan Media Star adalah:

1. Tomei Malaysia

Sebagai tukang emas terkemuka dengan pengalaman selama 54 tahun, Tomei merupakan jenama yang dicari dalam industri barangan kemas.

Berpegang teguh pada visinya, Tomei terus unggul dan sentiasa menjadi tukang emas pilihan yang dipercayai pelanggan.

Perkhidmatan yang disediakan juga terbaik di samping rekaan barang kemas yang unik dan evergreen, sekali gus dapat kekal berkembang sehingga generasi akan datang.

2. Cake Together

Walaupun menjalankan perniagaan secara dalam talian (online), namun produk yang ditawarkan setanding pemilik kedai fizikal.

Mereka yang gemarkan pencuci mulut boleh mendapatkannya untuk majlis korporat mahupun keluarga. Pastinya hidangan bakar terbaik disediakan!

3. The Chicken Rice Shop

Menjamu selera dengan The Chicken Rice Shop memberi pengalaman terbaik bagi penggemar masakan Hainan dan Malaysia sama ada perseorangan atau berkumpulan sehingga enam orang.

Dengan hidangan ayam kukus, panggang, barbeku madu dan kicap yang disediakan secara tradisional sebagai produk istimewa di samping nasi berperisa ayam yang berasal dari Pulau Hainan, sajian ini tentunya menepati tagline 'Nasi Ayam...dan Lagi'.

Rangkaian restoran keluarga yang mendapat pengiktirafan sijil halal ini juga menyediakan 25 sajian kegemaran tempatan seperti ayam kari Hainan, bebola ikan sumbat dan rojak Pulau Pinang.

Menariknya, pelanggan yang menggunakan kad kredit RHB untuk membeli daripada peniaga #JomSapot BeliLokal 2.0 akan mendapat ganjaran atau pulangan tunai.

Selain itu, pelanggan juga akan menikmati sehingga 20% pulangan tunai untuk petrol, pelancongan, perjalanan, kesihatan, utiliti, hiburan, barangan runcit, makanan dan beli-belah.

Imbas kod QR untuk maklumat lanjut dan daftar bagi dapatkan video promosi khas secara percuma atau layari rhbjomsapot.my

Imbas kod QR untuk maklumat lanjut dan daftar bagi dapatkan video promosi khas secara percuma atau layari rhbjomsapot.my

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain