KAKI deko pastinya gemar menggunakan cermin sebagai salah satu hiasan dalaman. Selain dapat menampakkan ruang yang sempit kelihatan luas, cermin juga membantu memberikan suasana tenang pada kediaman. Pada masa sama bentuk tertentu memberi impak mewah dan estetik apabila dipadankan dengan tema yang dipilih. ARTIKEL BERKAITAN: Tak sangka katil pun boleh DIY! Jimat duit, mudah cuma guna kotak... Nak pindah rumah tinggalkan saja Untuk ruangan iSuke kali ini, mStar tampilkan tiga cara yang boleh dilakukan untuk menghasilkan pasu bunga hiasan daripada cermin. Hanya dengan sedikit kreativiti dan kerajinan, barang yang dibeli dari kedai RM2 pun boleh mencantikkan ruang kediaman. Ini tiga idea daripada Normila Yahya yang boleh dicuba. Pasu cermin 'blink' Bahan-bahan: 1. Cermin muka heksagon 2. Gam 3. Renda berbatu 4. Serbuk berwarna emas atau warna lain 5. Lego atau bongkah permainan kecil Cara membuatnya: 1. Cantumkan dua buah cermin heksagon dengan meletakkan lego atau bongkah kecil di antaranya supaya dapat menghasilkan ruang di tengah-tengah. Barulah jadi pasu! 2. Kemudian balutkan dengan renda berbatu. Terpulang pada para ibu untuk menggunakan warna kegemaran, sekarang tengah hot warna merah jambu dan tema Barbie tau. 3. Sapukan gam pada permukaan atas cermin dan tabur serbuk berwarna emas atau warna lain di atasnya. 4. Apabila sudah kering, bersihkan dengan berus supaya tampak kemas. 5. Letakkan gubahan bunga hiasan dan siap! Pasu cermin renda emas Bahan-bahan: 1. Cermin muka heksagon 2. Gam 3. Renda berwarna emas 4. Lego atau bongkah permainan kecil Cara membuatnya: 1. Cantumkan dua buah cermin heksagon dengan meletakkan lego atau bongkah kecil di antaranya. 2. Kemudian balutkan dengan renda berwarna emas. 3. Letakkan gubahan bunga hiasan dan siap! Pasu cermin empat segi Bahan-bahan: 1. Cermin muka empat segi 2. Gam Cara membuatnya: 1. Cantumkan empat buah cermin empat segi. 2. Bersihkan lebihan gam pada sisi setiap cermin. 3. Letakkan gubahan bunga hiasan dan siap! Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube