suria

Serabut tengok permainan bersepah, jom DIY rak mainan anak-anak... Modal pun kecil, tak sampai RM50

Rak permainan anak-anak yang dihasilkan sendiri daripada raga. -Gambar ItsMe Mikail

AKTIVITI bermain adalah penting untuk perkembangan kanak-kanak kerana ia menyumbang kepada kognitif, fizikal, sosial dan emosi.

Malah dengan bermain, kemahiran sosial akan berkembang kerana mereka belajar untuk bergaul dengan orang lain, menunggu giliran dan sebagainya.

Disebabkan itu, kebanyakan ibu bapa membeli pelbagai jenis mainan kepada anak-anak mereka.

Namun 'lambakan' mainan menyebabkan rumah kadang-kala bersepah sehingga merungsingkan para ibu yang terpaksa mengemas setiap hari.

Bahagian bukaan dibuat bagi memudahkan permainan diambil atau disimpan. -Gambar ItsMe Mikail

Bahagian bukaan dibuat bagi memudahkan permainan diambil atau disimpan. -Gambar ItsMe Mikail

Bagi mengelakkan situasi burn out berlaku, apa kata anda membina tempat penyimpanan yang sesuai untuk anak-anak seperti ibu Mikail ini.

Mereka juga boleh belajar untuk mengemas sendiri permainan yang digunakan!

Meskipun menggunakan raga baju daripada kedai serbaneka murah, namun rak penyimpanan yang terhasil sangat mengagumkan dan kukuh.

Paling penting, modal tidak sampai RM50 dan siap dipasang dalam tempoh setengah hari sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Kreatif! Wanita DIY kabinet dapur guna meja lipat... Kemas dan nampak mewah, tak sangka kos kurang RM500

Bahan-bahan:

1. 8 raga plastik empat segi

2. Gam silikon

3. Kertas pasir

Cantuman boleh dilakukan menggunakan gam silikon atau pengikat kabel. -Gambar ItsMe Mikail

Cantuman boleh dilakukan menggunakan gam silikon atau pengikat kabel. -Gambar ItsMe Mikail

Cara menyediakan

1. Cantumkan dua raga tadi dan menjadikannya dalam keadaan tertutup.

2. Potong bahagian tepi raga atas.

3. Kikis dengan kertas pasir supaya bahagian potong tadi menjadi lebih licin.

4. Susun di penjuru dinding mengikut kesesuaian.

Apabila tersusun rapi, rak permainan tersebut kelihatan sangat cantik dan estetik.

Permainan anak-anak pun tidak bersepah seperti sebelumnya. Selamat mencuba!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain