suria

Buat sendiri baja guna minuman kultur dan telur, lepas 2-3 minggu pasti terkejut tengok pokok berbunga meriah

Bunga akan lebat selepas menggunakan baja kultur dibuat sendiri. -Gambar Nurul Shima

BAGI sesetengah individu, menanam pelbagai jenis pokok bunga merupakan terapi terbaik kerana mendapat kepuasan selepas melihat hasilnya yang kembang mekar dan beraneka warna.

Tapi kadang kala, hasilnya tidak seperti yang diharapkan walaupun pelbagai tip dicuba, termasuklah meletakkan baja bunga mahupun menukar tanah.

Sebelum anda patah semangat menanam pokok-pokok bunga ini, cuba hasilkan air organik seperti dikongsikan Farah Fara ini. Pasti pokok berbunga meriah!

Bahan yang diperlukan:

1 botol Yakult

2 biji telur ayam

Botol air mineral 500ml

Dua bahan sahaja dapat membantu memperbanyakan bunga di taman mini. -Gambar Nurul Shima

Dua bahan sahaja dapat membantu melebatkan bunga. -Gambar Nurul Shima

Cara penyediaan:

1. Peram dua ramuan tersebut di dalam botol mineral selama 3 hari (minimum). Lagi lama lagi bagus!

2. Apabila ingin digunakan, goncang botol terlebih dahulu.

3. Kemudian tuang di dalam baldi bersama 2 liter air.

4. Siram pada bahagian batang pokok sahaja.

Selepas dua hingga tiga minggu, putik-putik bunga akan mula keluar dengan banyak.

Melihatkan hasilnya, pasti anda akan berasa teruja untuk menanam lebih banyak pokok bunga di keliling rumah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain