suria

Nak kulit wajah ‘pinkish’ berseri-seri... Cuba amalkan penyegar wajah semula jadi ini, bila-bila masa boleh buat

Kulit bebas cela merupakan idaman setiap wanita. -Gambar The Star / Yap Chee Hong

APABILA konsisten menggunakan produk kecantikan, anda pasti berjaya mendapatkan kulit wajah idaman.

Tapi antara sedar atau tidak, pakej kulit wajah cantik mulus dan berseri itu datang bersama kandungan bahan kimia yang tinggi.

Bayangkan jika menggunakannya untuk tempoh masa yang lama, suatu masa nanti ia akan memudaratkan kesihatan tubuh.

Sudahlah perlu berbelanja mahal untuk produk rawatan, tiba-tiba masalah kesihatan pula yang timbul di kemudian hari.

Bagi anda yang sayangkan diri tapi ingin wajah licin dan mulus bolehlah mengikut panduan Sarifa Redzuan kerana dia menggunakan 100 peratus bahan semula jadi untuk penyegar muka.

Bukan sahaja kulit berasa segar dan lembap, parut bekas alergi dan jerawat pun cepat pudar. Kulit wajah sensitif pun boleh!

Bahan-bahan dipotong kecil. -Gambar Sarifa Redzuan

Bahan-bahan dipotong kecil. -Gambar Sarifa Redzuan

Bahan-bahan:

1. 1/3 timun

2. 1/8 sengkuang

3. 1/4 ubi bit

Cara penyediaan:

1. Kisar semua bahan tanpa air atau boleh sagat mahupun tumbuk menjadi halus

2. Perah dan ambil airnya sahaja

3. Simpan dalam peti sejuk

4. Sebaiknya letak dalam botol semburan

Air sebatian ini boleh disapu terus pada wajah untuk mendapatkan kulit licin dan bebas cela. -Gambar Sarifa Redzuan

Air sebatian ini boleh disapu terus pada wajah untuk mendapatkan kulit licin dan bebas cela. -Gambar Sarifa Redzuan

Cara menggunakan:

1. Selepas cuci muka, sapu atau sembur penyegar wajah ni

2. Kemudian lakukan sedikit urutan pada wajah supaya cecair penyegar tadi dapat meresap masuk ke dalam kulit

3. Amalkan 2-3 kali dalam sehari untuk mendapatkan kesan maksima

Penggunaan ubi bit dapat membantu mencegah masalah pigmentasi di samping memudarkan parut kerana bahan ini diperkaya dengan vitamin C.

Sumber zat besi, fosforus dan protein yang terkandung di dalamnya juga akan membuatkan kulit menjadi sihat ala ‘pinkish’ apabila selalu diamalkan.

Timun pun kaya dengan antioxida dan merupakan ejen pelembap terbaik pada kulit di samping khasiat sengkuang yang sarat dengan vitamin A, vitamin B, vitamin C, vitamin K dan vitamin B1.

Cubalah manfaat ini, satu keluarga pun boleh guna!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain