PANTANG ada makanan sedap atau lokasi menarik yang dikongsikan pempengaruh, pasti ia akan tular sehingga menjadi trending di media sosial. Terkini buah peach donut menjadi 'sasaran' dan kebanyakan pelayar media sosial pasti tidak melepaskan peluang untuk menikmatinya serta berkongsi pengalaman di platform masing-masing. Namun meskipun buah berkenaan dibeli di tempat yang sama, pasti akan ada individu yang mengadu kononnya dia ditipu dan sebagainya kerana rasanya berbeza-beza. Jika anda ingin mencubanya, bolehlah ikuti tip yang dikongsikan Nor Atikah sebelum membeli buah peach. Buah peach donut yang masak berwarna merah gelap. 1. Pilih buah yang sudah berwarna merah baldu. Rasanya akan lebih manis dan extra juicy! 2. Jika membeli buah yang belum merah, anda perlu peram terlebih dahulu selama dua atau tiga hari sehingga warna bertukar lebih gelap. 3. Apabila sudah masak sepenuhnya, buah peach akan mengeluarkan haruman wangi. 4. Kebanyakan peniaga akan jual yang belum masak sepenuhnya kerana buah diimport dari pelbagai negara. Anda boleh juga menikmati buah peach yang separuh masak kerana tekstur rasanya lebih rangup tetapi sedikit masam. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube