suria

Tilam angin tiba-tiba kempis di tapak perkhemahan... Jangan buang dulu! Cuba langkah ini, boleh guna semula

Tampal sendiri tilam bocor dengan kain buruk. -Gambar Uni R Bikers

PERKHEMAHAN merupakan aktiviti outdoor yang semakin mendapat perhatian rakyat Malaysia.

Paling menarik apabila melakukannya bersama ahli keluarga, anak-anak pasti lebih seronok!

Ramai yang menganggapnya sebagai percutian paling murah kerana penginapan hanya menggunakan khemah manakala makanan dimasak sendiri.

Pun begitu, sekiranya anda betul-betul kaki camping, pasti mengetahui harga setiap peralatan yang perlu dibawa dan jenama yang paling berkualiti.

Aktiviti perkhemahan semakin diminati rakyat Malaysia. -Gambar hiasan The Star

Aktiviti perkhemahan semakin diminati rakyat Malaysia. -Gambar hiasan The Star

Seperti perkongsian Uni R Bikers, dia selesa menggunakan tilam angin atau udara Dechatlon kerana lebih tahan lasak serta mempunyai jangka hayat yang panjang.

Meskipun mahal, ia pasti berbaloi kerana dapat digunakan lama.

"Minggu lepas Abang Sha pergi berkhemah di Genting Highland, Pahang... Geo Park Campsite.

"Tapi kurang bernasib baik dan mungkin sudah sampai 'masanya', tilam angin Dechatlon bocor. Tiga tahun dah berbaloi pakai... jadi malam tu tidur atas tilam angin yang tak berangin," luahnya.

Walaupun disuruh beli baru, namun dia tetap berdegil untuk membaiki kebocoran kecil yang berlaku.

Peralatan perkhemahan bukanlah murah seperti sangkaan sesetengah pihak. -Gambar hiasan The Star

Peralatan perkhemahan bukanlah murah seperti sangkaan sesetengah pihak. -Gambar hiasan The Star

Ini beberapa langkah yang dilakukannya ketika membaiki tilam angin yang bocor.

1. Isikan angin terlebih dahulu ke dalam tilam.

2. Kenal pasti tempat bocor dengan menggunakan buih sabun yang disapu pada permukaan.

3. Gunakan gam kasut yang mempunyai perkataan 'rubber' dan titiskan pada tempat yang bocor.

4. Kemudian ratakan gam untuk radius satu inci.

5. Tunggu sehingga kering dan ulang semula langkah keempat.

6. Potong kecil kain kepada dua kepingan dan tampal di atas tempat bocor. Tak perlu susah-susah cari kain baharu, guna aja kain lap yang ada di dapur tu.

Selepas tempoh 24 jam, bahagian yang bocor menjadi kering dan lembut seperti getah.

Apa lagi? Isi semula angin dan cubalah sendiri tilam angin yang seperti baru itu.

Sudahlah kos baiki murah, anda pun tidak perlu keluarkan belanja untuk membeli peralatan baharu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain