HAIWAN peliharaan seperti kucing sering dijadikan sebagai terapi minda. Namun adakah anda tahu bahawa kesihatan mereka juga perlu dijaga rapi supaya tidak merosot. Bagi anda yang rungsing dengan kos rawatan di klinik veterinar, boleh cuba tip yang dikongsikan Nature Paradise Garden. "Kalau ada kucing yang sakit parvo, selesema atau demam, boleh berikan air rebusan rumput pendul. "Kucing yang hilang selera makan atau tidak mahu makan langsung pun boleh diberikan air rebusan rumput ini," ujarnya. Rumput ini tumbuh meliar di kawasan lapang yang tanahnya agak lembab kerana memerlukan pencahayaan yang banyak. Air rebusan rumput pendul baik untuk kucing. -Gambar Nature Paradise Garden Cara penyediaan: 1. Pastikan rumput dicabut bersama akarnya. 2. Bersihkan tanah dari akar dan daun dengan sebaiknya. 3. Patahkan daun dan akar rumput tersebut dan masukkan ke dalam bekas. 4. Rebus dengan api yang sederhana hingga mendidih. Jangan guna api besar, khasiatnya akan hilang. 5. Apabila kandungan air sudah jadi separuh, matikan api dan sejukkan pada suhu bilik. 6. Kemudian ambil 10ml hingga 20ml dan beri pada kucing yang sakit. Lakukan setiap pagi dan malam. Selebihnya boleh disimpan di dalam peti sejuk. Bagaimanapun air rebusan ini tidak boleh disimpan melebihi dua minggu kerana khasiatnya akan hilang. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube