suria

Hanya 5 minit... Kipas berdebu kembali bersih, sembur-sembur siap! Tak perlu lagi pasang kelajuan maksima

Kipas berdebu dan berhabuk punca angin tidak dirasai.

KIPAS sudah dipasang dengan kelajuan tahap maksima, tetapi bilik masih terasa panas dan berkuap.

Angin yang dihasilkan daripada kipas pun perlahan.

Apabila diteliti, rupanya masih terdapat saki baki debu walaupun kipas baru lepas dicuci.

Letih mengemas pun belum habis lagi, nak cuci semula pasti terasa lemau dan tak bertenaga.

Bagi anda yang berhadapan masalah sama, bolehlah cuba tip daripada kyvol home tip ini.

Bukan sahaja mudah, anda juga tidak perlu membazir masa dan tenaga untuk membersihkan habuk yang bersepah di lantai.

Kaedah mencuci kipas lebih mudah dan cepat.

Kaedah mencuci kipas lebih mudah dan cepat.

Cara-caranya:

1. Sediakan plastik besar yang boleh memuatkan keseluruhan kipas kecuali kaki.

2. Campurkan air bersama soda bikarbonat bersama cuka dan sabun pencuci pinggan.

3. Kacau kesemua bahan sehingga sebati.

4. Masukkan ke dalam botol semburan dan percikkan pada keseluruhan kipas.

5. Kemudian tutup kipas tadi dengan plastik besar.

6. Biarkan kipas dipasang selama lima minit pada kelajuan maksima.

7. Habuk dan debu yang terkumpul pada kipas akan jatuh ke dalam plastik tadi.

Senang bukan? Jadi apa tunggu lagi, kerja mencuci kipas lebih mudah dan cepat. 10 minit dah siap!

Dengan kaedah ini, kipas anda juga akan lambat berhabuk dan tak perlu lagi dicuci setiap minggu seperti sebelumnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain