KEBANYAKAN wanita pasti mengimpikan kabinet dapur yang cantik dengan susun atur menarik meskipun ruang hanya bersaiz sekangkang kera. Tugasan mengemas pula bukanlah mudah terutama bagi mereka yang gemar memasak, tambahan pula barang dapur begitu banyak sehingga sukar disembunyikan dari pandangan. Nak upah tukang untuk buat ‘tablet top’ dan kabinet dapur pula memerlukan modal yang tinggi. Itu tak termasuk upah tukang ya! Jangan risau kerana kini anda tak perlu berhabis duit atau menunggu sehingga cukup wang untuk merealisasikan impian mempunyai dapur cantik. Cubalah idea daripada Izara, yang mana dia hanya menggunakan meja lipat yang disesuaikan dengan kombinasi beberapa aksesori sehingga ruang dapur menjadi lebih kemas serta tersusun. Perbezaan ubah suai yang dilakukan para ibu. -Gambar Ana Sakura Bukan sahaja jimat, anda yang duduk rumah sewa mudah untuk membawanya bersama apabila berpindah nanti. Bak kata Izara, setiap barangan yang digunakannya sudah berusia lebih setahun. Alatan yang diperlukan: 1. Meja lipat atau meja besi Bukan sahaja ringan, harganya juga lebih murah dan mudah dikendalikan sendiri oleh para ibu. 2. Wallpaper kalis air Corak marble (marmar) sering menjadi pilihan para ibu kerana memberikan impak mewah, luas dan cantik. Bagaimanapun, anda bebas memilih corak kegemaran. Aksesori tambahan seperti pokok hiasan dan bingkai gambar membuatkan dapur kelihatan lebih segar. -Gambar Ana Sakura 3. Pasangkan langsir atau skirting untuk menutup bahagian bawah meja Letakkan pelekat valcro lembut jika menggunakan langsir daripada kain atau pita pelekat jika menggunakan skirting jenis kalis air. Bukan sahaja mencantikkan 'kabinet' DIY anda tetapi dapat menyembunyikan segala barangan yang ada. 4. Susun atur setiap barangan yang ada. Kalau guna bekas yang sedondon pasti lebih cantik! Tip yang boleh anda lakukan untuk memberi nilai tambah pada dapur adalah menggunakan kombinasi warna yang tidak melebihi tiga pilihan supaya warna digabung cantik dan tidak nampak serabut. Tambah juga pokok hiasan, bingkai gambar mahupun organizer box bagi menyerikan dapur anda. Barulah semangat nak memasak! Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube