suria

Menakjubkan baju menguning putih semula dicuci guna sabun parut, cuma 3 langkah terus nampak macam baharu

Baju kekal putih berseri dengan sabun mandi ketul. -Gambar Farah Fara

BAJU berwarna putih yang kerap dipakai akan mudah menjadi kuning terutama di bahagian ketiak.

Peluntur pula tidak sepenuhnya membantu mengembalikan warna asal, malah dalam situasi tertentu membuatkan baju menjadi lebih kuning.

Penggunaan nila pula tidak sesuai untuk semua jenis fabrik atau rekaan baju, melainkan baju putih sekolah.

Walaupun timbul masalah dengan baju putih, anda tak perlulah mengelak daripada memakai pakaian warna tersebut.

Cuba tiga langkah mudah yang dikongsi Farah Fara ini, pasti warna pakaian kekal putih berseri.

ARTIKEL BERKAITAN: Buat sendiri penyegar almari guna 2 bahan mudah elak pakaian naik tahi lalat! Baju tak rosak dan kekal wangi

1. Parut sabun ketul sehingga halus

Anda boleh hasilkannya dengan kuantiti yang banyak supaya dapat disimpan sebagai stok.

Jadi tak perlulah susah-susah memarut sabun mandi setiap kali nak basuh baju putih.

Rendamkan baju putih bersama parutan sabun mandi ketul selama selaman. -Gambar Farah Fara

Rendam baju putih bersama parutan sabun mandi selama semalaman. -Gambar Farah Fara

2. Rendamkan bersama baju putih semalaman

Tak perlu bersusah payah untuk menyental atau memberus baju ya.

3. Masukkan baju putih bersama air rendaman dalam mesin basuh

Hasil yang diperoleh pastinya mengejutkan, baju yang kuning kembali putih seperti baru dibeli.

Bukan sahaja menjimatkan duit dan tenaga malah anda mempunyai lebih masa untuk diluangkan bersama keluarga.

Baju berwarna pun boleh dibasuh sabun ini ya. Selamat mencuba!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain