suria

Tak sangka katil pun boleh DIY! Jimat duit, mudah cuma guna kotak... Nak pindah rumah tinggalkan saja

Katil yang dihasilkan daripada kotak kelihatan mewah selepas dilekatkan wallpaper sesuai. -Gambar FNDShop

KESIBUKAN bekerja membuatkan kita ingin mendapatkan ketenangan apabila berada di rumah.

Namun memiliki kediaman idaman yang selesa dan tenang agak sukar direalisasikan apabila terpaksa menyewa dengan orang lain.

Lagipun, tak ramai yang sanggup membeli banyak perabot idaman atau menggunakan duit sendiri untuk mengubah suai rumah sewa supaya menjadi cantik dan mengikut cita rasa sendiri.

Bahagian kepala katil juga dibuat daripada kotak. -Gambar FNDShop

Bahagian kepala katil juga dibuat daripada kotak. -Gambar FNDShop

Tambahan pula, upah yang dikenakan untuk servis mengangkut barang ketika mahu berpindah nanti adalah tinggi. Pastinya tidak berbaloi!

Bagi anda yang mementingkan soal keselesaan di rumah sewa, bolehlah mencuba idea menghasilkan katil daripada kotak yang dikongsikan salah seorang pelayar TikTok ini.

Dengan sedikit kreativiti dan masa, produk yang terhasil pastinya mengagumkan, malah anda tidak perlu mengeluarkan kos yang tinggi dan berfikir panjang semasa berpindah nanti!

Jenis-jenis kotak yang diperlukan untuk menghasilkan struktur katil. -Gambar FNDShop

Jenis-jenis kotak yang diperlukan untuk menghasilkan struktur katil. -Gambar FNDShop

Bahan-bahan

1. Kotak kecil

2. Kepingan kotak

3. Pita pelekat

4. Gam pistol

5. Kertas dinding (wallpaper)

ARTIKEL BERKAITAN: Serabut tengok permainan bersepah, jom DIY rak mainan anak-anak... Modal pun kecil, tak sampai RM50

Cara pemasangan

1. Cantumkan kotak-kotak kecil menggunakan pita pelekat bangi membentuk katil.

Pastikan kotak untuk membuat rangka asas katil adalah sama bentuk supaya dapat dicantumkan mengikut saiz yang diingini.

Gulungan yang dibuat diletakkan di dalam kotak bagi mengukuhkan struktur. -Gambar FNDShop

Gulungan yang dibuat diletakkan di dalam kotak bagi mengukuhkan struktur. -Gambar FNDShop

2. Hasilkan beberapa gulungan kotak untuk dimasukkan ke dalam kotak-kota kecil tadi supaya dapat mengukuhkan binaan.

Gulungan kotak ini berfungsi seperti 'cerucuk' yang memberi ketahanan pada bahagian dalaman kotak.

3. Kepingan kotak diletakkan di bahagian asas katil tadi yang bertindak sebagai pelapik supaya strukturnya lebih kukuh dan memudahkan kerja memasang wallpaper.

Wallpaper dipasang bagi mencantikkan katil. -Gambar FNDShop

Wallpaper dipasang bagi mencantikkan katil. -Gambar FNDShop

4. Untuk bahagian kepala katil pula, kepingan kotak tadi dibina mengikut bentuk yang diingini dan dicantumkan.

5. Bagi memberi kesan yang menarik, wallpaper dipasang pada seluruh kotak berkenaan.

Kebiasaannya wallpaper yang kosong, bercorak kayu dan berwarna gelap paling sesuai digunakan.

Selain kelihatan cantik dan kemas, ia turut memberi impak mewah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain