suria

Ambil tahu cara siang ketam mudah dan cepat... Jangan tersilap buang bahagian paling sedap!

Cara siang ketam yang ditunjukkan Ezzu Chang.

KETAM antara makanan laut kegemaran ramai kerana isinya yang manis.

Selain mudah diperolehi, ketam juga dikatakan mempunyai khasiat tersendiri dalam mencegah penyakit denggi terutama ketam nipah.

Malah pelbagai hidangan boleh disediakan dengan berasaskannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sekali pandang macam lipas! Selepas cuba, pasti tak boleh berhenti kunyah yat yat goreng kunyit

Disebabkan ketam kelihatan bersih, ramai yang membasuhnya secara sambil lewa seperti menghilangkan kesan lumpur atau pasir semata-mata.

Namun jika tersalah langkah, anda dan keluarga pasti mengalami keracunan selepas menikmati hidangan berasaskan ketam.

Bagi yang masih belum mengetahui cara membersihkan ketam dengan betul, bolehlah mengikut panduan daripada Ezzu Chang ini.

Dua bahagian yang perlu dibuang pada cengkerang ketam. -Gambar Ezzu Chang

Dua bahagian yang perlu dibuang pada cengkerang ketam. -Gambar Ezzu Chang

Langkah-langkah:

1. Buang kulit keras di bahagian bawah ketam.

2. Kemudian tarik cengkerang dan pisahkan dengan badan.

3. Pada bahagian dalam cengkerang, cuci dengan berus terlebih dahulu dan buang bahagian mulut seperti 'kantung' yang merupakan punca keracunan makanan.

4. Buang bahagian kepala dan mata ketam dengan bersih. Lebih mudah jika ditarik dengan tangan.

Tomalley merupakan bahagian yang paling sedap dalam ketam. -Gambar Ezzu Chang

Tomalley merupakan bahagian yang paling sedap dalam ketam. -Gambar Ezzu Chang

5. Jangan lupa buang insang atau 'penapis' pada badan ketam. Ini antara punca keracunan makanan juga ya!

6. Akhir sekali, berus kesemua bahagian. Dah siap dan sedia untuk dimasak.

Bagi anda yang sering buang kesemua isi di dalam cengkerang, tomalley adalah bahagian yang paling sedap kerana dikatakan lemak ketam.

Jadi, pastikan selepas ini anda cuba menikmatinya ya!

Pun begitu, jika anda penghidap gout dan sakit jantung perlulah mengelak daripada makan bahagian tersebut kerana kandungan kolestrol yang sangat tinggi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain