suria

TikTok anjur anugerah hargai pencipta kandungan tanah air, peminat boleh undi calon kegemaran

Antara pencipta kandungan yang akan bersaing dalam TikTok Awards MY 2023.

PEMINAT TikTok bakal menyaksikan pempengaruh tempatan dan bintang popular platform digital itu berentap pada TikTok Awards MY 2023 yang pertama kalinya dianjurkan di negara ini.

Anugerah ini mengiktiraf pencipta kandungan tanah air dan berlangsung pada Ogos.

Tujuh kategori People's Choice (pilihan peminat) akan dibuka untuk orang ramai membuat undian menerusi aplikasi TikTok dengan carian kata kunci TikTok Awards bermula 15 hingga 26 Ogos.

Tujuh kategori itu adalah Rising Star of The Year; Celebrity Creator of the Year; Popular Creator of The Year; LIVE Creator of The Year; Creator of The Year; Popular Animation Account of The Year dan TikTok Shop Creator of The Year.

Kategori 'Creator Of the Year' untuk TikTok Awards MY 2023.

Antara nama pencipta kandungan yang mencuri tumpuan dalam TikTok Awards MY 2023 sudah tentunya Khairul Aming, Softyank, Ceddy Ang dan Auntie Purple.

Pemilihan pencalonan ini dibuat berdasarkan latar belakang dan profesion yang pelbagai.

Pencipta kandungan di Malaysia sudah banyak memberi inspirasi kepada masyarakat melalui kreativiti yang dipamerkan dalam penghasilan kandungan menyeronokkan dan menghiburkan.

TikTok Awards sebelum ini juga pernah dijalankan di Vietnam, Indonesia, Filipina, Thailand, Jepun dan Brazil.

Sementara itu, pengguna TikTok yang menetap di Malaysia boleh menjadi sebahagian daripada acara terbesar TikTok tahun ini dengan menyerahkan video penyertaan mereka bagi kategori Judge’s Pick.

Mereka hanya perlu berkongsikan kisah inspirasi di TikTok dengan tanda pagar #RoadtoTikTokAwardsMY, dibuka dari 30 Julai hingga 14 Ogos ini dan pemenang berpeluang untuk membawa pulang telefon pintar HONOR 90.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain