suria

Lega insurans dan cukai jalan kini dah boleh bayar ansuran! Ini caranya... Tiada faedah, urusan pun mudah dan pantas

Cukai jalan dan insurans adalah satu kemestian untuk semua pemilik kenderaan. -Gambar hiasan

MENJELANG hujung bulan poket mula terasa kering.

Lebih memeningkan kepala apabila insurans kereta dan cukai jalan hampir tamat tempoh dan perlu diperbaharui segera.

Tapi tak mengapa kerana platform perbandingan insurans seperti Bjak menawarkan pilihan beli sekarang bayar kemudian (BNPL) yang memudahkan anda mengurus bil.

Mesti anda tertanya-tanya bagaimana ia berfungsi?

Begini, melalui pilihan BNPL pemilik kereta dan motosikal dibenarkan untuk membuat pembayaran sebanyak tiga kali, tanpa dikenakan sebarang faedah.

Pengguna hanya perlu pergi ke laman web rasmi Bjak untuk memilih kaedah pembayaran BNPL bagi pembaharuan insurans dan cukai jalan mereka tanpa sebarang jumlah minimum atau dokumen sokongan yang diperlukan.

Oh ya, Bjak.my merupakan platform mesra pengguna dan menawarkan 15 jenama insurans termasuk Etiqa, RHB, Takaful Malaysia, MSIG, Zurich dan Allianz.

Insurans kereta akan memberi manfaat ketika waktu yang getir. -Gambar hiasan

Sebagai platform yang memperkenalkan pilihan pembayaran yang selamat dan fleksibel, pengguna harus tahu apakah manfaat menggunakan kaedah BNPL untuk memperbaharui insurans dan cukai jalan.

Faedah 0%

Ia sudah menjadi normalisasi bagi kebanyakan pelan ansuran untuk mengenakan bayaran faedah tertentu kepada pelanggan sepanjang tempoh pembayaran yang dipersetujui.

Tetapi dengan BNPL Bjak, tiada faedah dikenakan kepada pelanggan.

Jika jumlah bil anda ialah RM900, anda hanya perlu membayar RM900 penuh pada akhir kitaran pembayaran tanpa caj tambahan.

Tiga kali bayaran ansuran

Berita baik! Atome iaitu sebuah agensi kewangan yang menawarkan pilihan bayaran secara ansuran juga berada di platform Bjak.

Dengan itu, Bjak dengan kerjasama bersama Atome akan membahagikan bil anda kepada tiga kali pembayaran dengan caj tetap untuk tempoh tiga bulan.

Sebagai contoh, jika anda memperbaharui insurans kereta menggunakan BNPL Bjak dan jumlah bil anda ialah RM1,200.

Anda tidak perlu membayar bil itu secara terus, anda akan membayar RM400 pada bulan pertama dan baki RM800 pada dua bulan berikutnya.

Kitaran pembayaran akan ditetapkan oleh Atome, bergantung pada tarikh transaksi anda.

Kad debit adalah trend pembayaran mudah alih masa kini. -Gambar hiasan

Kad kredit tidak diperlukan

Anda tidak perlu memiliki kad kredit untuk mendapatkan perkhidmatan BNPL Bjak.

Urusan perbankan bersama Bjak tetap boleh diteruskan seperti biasa.

Walau bagaimanapun, anda memerlukan kad debit supaya Atome boleh melakukan potongan bulanan daripada akaun anda apabila tiba masa untuk pembayaran dikeluarkan.

Berbanding dengan kad kredit, kebanyakan pengguna pasti mempunyai kad debit.

Jadi proses pembaharuan cukai jalan dan insurans kereta anda pastinya akan lebih lancar.

Tiada perbelanjaan minimum

Tiada perbelanjaan minimum diperlukan jika anda ingin menggunakan kaedah pembayaran BNPL Bjak.

Dalam erti kata lain, anda boleh menggunakannya untuk memperbaharui insurans mana-mana kereta dan motosikal atau cukai jalan tanpa perlu risau jika transaksi anda tidak melebihi had minimum.

Tidak kira jumlah transaksi anda, anda boleh memilih BNPL semasa pembayaran untuk melengkapkan pembaharuan.

Insurans kereta wajar diperbaharui sesudah sahaja tamat tempoh. -Gambar hiasan Freepik

Pembaharuan segera

BNPL Bjak menjamin pembaharuan insurans kenderaan dan pembaharuan cukai jalan dengan kadar segera.

Anda boleh memperbaharui cukai jalan secara digital dan mendapat cukai jalan baharu berserta nota perlindungan insurans dalam hari yang sama.

Berbanding dengan pembaharuan fizikal, pilihan BNPL menjimatkan masa dan anda tidak perlu menyelesaikan pembayaran secara terus.

Terbuka untuk semua

BNPL Bjak terbuka kepada semua rakyat Malaysia. Jika anda pemilik kereta atau motosikal, anda boleh menggunakan perkhidmatan ini untuk memperbaharui insurans dan cukai jalan kenderaan anda.

Tiada keperluan maklumat tambahan untuk menggunakan perkhidmatan ini.

Bjak sentiasa berusaha untuk melancarkan urusan pembaharuan cukai jalan dan insurans rakyat Malaysia, maka pilihan pembayaran BNPL akan dipastikan tersedia untuk setiap lapisan masyarakat.

Memperbaharui cukai jalan dan insurans kereta atau motosikal kini adalah sangat mudah untuk semua orang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain