suria

Wanita kongsi suhu dan masa sesuai masak 44 jenis makanan guna air fryer, ada 4 tip lain perlu diikut

Penggoreng udara perlu digunakan dengan teknik yang betul. -Gambar hiasan
1 / 2
2 / 2

PENGGORENG udara atau lebih dikenali sebagai 'air fryer' menjadi satu kemestian dalam dunia masakan moden hari ini.

Selain mudah digunakan, memasak cara ini juga lebih sihat berbanding jika makanan digoreng menggunakan minyak di dalam kuali.

Hampir kesemua jenis makanan kering boleh dimasak menggunakan 'air fryer' dan anda hanya perlu melaraskan suhu di panel kawalan ke tahap yang bersesuaian.

Namun begitu, suhu di dalam 'air fryer' walaupun terkurang atau terlebih sedikit kepanasannya, boleh menjejaskan kualiti makanan yang dimasak seperti menjadi hangit atau masih mentah.

Kini, anda tidak perlu risau kerana melalui satu perkongsian di Facebook, seorang wanita menunjukkan panduan lengkap untuk suhu 'air fryer' yang sepatutnya dan durasi masakan bagi setiap jenis makanan.

Panduan itu boleh dirujuk di dalam gambar di bawah ini.

Panduan ketetapan suhu penggoreng udara untuk setiap masakan dan durasinya.

Disertakan juga beberapa tip tambahan untuk memastikan masakan penggoreng udara anda lebih lazat.

1. Panaskan dulu 'air fyer' anda sebelum mula memasak

Makanan akan dapat dimasak dengan sekata sekirang penggoreng udara dipanaskan selama 3 minit sebelum mula memasak.

2. Letakkan sedikit minyak masak ke dalam 'air fryer'

Jika mahu makanan anda lebih sedap, boleh letakkan sedikit minyak masak ke dalam penggoreng udara. Kebiasaannya untuk makanan seperti kentang, nuget dan keropok lekor.

3. Letak kertas minyak atau kerajang aluminium di dasar 'air fryer'

Tip ini untuk mengelakkan makanan dari melekat pada bakul penggoreng udara yang boleh menyebabkan masakan menjadi bersepah.

4. Jangan penuhkan bakul 'air fryer' anda sehingga tahap maksimum

Jika makanan diletakkan terlalu banyak di dalam 'air fryer', ia tidak akan menjadi rangup kerana tidak dapat dimasak secara menyeluruh.

Masak sedikit demi sedikit. Selang beberapa minit selepas anda mula memasak di dalam 'air fryer', boleh tarik keluar bakul dan goncangkannya.

Ini untuk membantu makanan anda dimasak secara sekata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain