suria

WhatsApp perkenal ciri baharu, video call lebih mudah dan rancak sebab boleh kongsi skrin

WhatsApp memperkenalkan ciri perkongsian skrin di platformnya.

BERITA baik!

WhatsApp memperkenalkan perkongsian skrin sebagai ciri terkini untuk meningkatkan kualiti pengalaman panggilan video (video call) di platformnya.

Ciri baharu ini membolehkan anda berkongsikan apa sahaja isi kandungan dalam telefon pintar seperti dokumen, foto, barangan pembelian dalam talian dengan kenalan anda melalui perkongsian paparan skrin dalam panggilan video.

Ciri tersebut diumumkan Ketua pegawai eksekutif (CEO) Meta, Mark Zuckerberg melalui hantaran di Facebook pada 8 Jun.

Perkongsian skrin di WhatsApp itu boleh diakses dengan menekan ikon 'share'.

Pengguna boleh memilih untuk berkongsi melalui aplikasi tertentu atau menunjukkan terus seluruh skrin peranti mereka.

Fitur ini akan tersedia di WhatsApp versi telefon pintar dan komputer.

Ia dilihat serupa dengan konsep perkongsian skrin di platform panggilan video yang sudah dikenali ramai seperti Google Meet dan Zoom.

Fungsi ini bakal memberi saingan hebat kepada platform-platform panggilan video tersebut.

WhatsApp memaklumkan bahawa ciri perkongsian skrin ini sudah mula dilancarkan secara berperingkat di Android, iOS, dan Desktop Windows.

Ini bermakna anda mungkin tidak akan dapat melihat ciri ini dengan serta-merta, ia akan diperoleh secara berperingkat.

Selain perkongsian skrin, WhatsApp melancarkan sokongan panggilan video dalam mod 'landscape' untuk menawarkan pengalaman tontonan yang lebih luas, berbanding mod 'portrait' ketika ini.

Sokongan untuk mod 'landscape' akan menjadikan perkongsian skrin di WhatsApp lebih memuaskan dan imersif. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain