suria

Pameran Auto StarCarSifu 2023 bermula, banyak kereta menarik menanti anda

Pameran Auto StarCarSifu 2023 dianjurkan oleh Kumpulan Media Star.

BERITA baik untuk peminat kereta.

Pameran Auto StarCarSifu 2023 di Mid Valley Megamall, Selangor pada 9 Julai mendapat sambutan hangat apabila orang ramai berpusu-pusu untuk melihat teknologi automotif terkini serta tawaran menarik jual beli kereta.

Antara pengunjung yang memeriahkan acara ialah usahawan bengkel kereta, Ahmad Afiq, 28, yang berminat dengan teknologi kenderaan elektrik hibrid ringan (MHEV) dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) premium Proton X90.

"Teknologi dalam X90 sangat menarik berbanding dengan kereta konvensional," kata Ahmad yang mengendalikan Garaj Semake di Shah Alam, Selangor.

Pameran Auto StarCarSifu 2023 di Mid Valley Megamall.

Pengurus operasi Thayanidi Karuppiah, 53, juga hadir untuk melihat kenderaan elektrik hibrid plug-in (PHEV) Volvo XC60 Recharge, sebuah SUV bersaiz sederhana mewah dengan pacuan semua roda (AWD) dan berkuasa elektrik yang mampu meliputi jarak sejauh 81 kilometer (km).

“Memandangkan saya berada dalam industri automotif, saya berminat dengan kenderaan elektrik yang mesra alam.

"Saya juga sedang mencari kereta yang sesuai untuk anak saya yang merupakan pelajar kolej,” kata Thayanidi, yang bekerja dengan pengeluar komponen automotif.

Turut muncul di ruang pameran adalah Ben Lee yang datang untuk melihat dengan lebih dekat model kenderaan Volvo XC60 Recharge.

Orang ramai berkunjung untuk melihat pelbagai kenderaan elektrik hibrid.

“Ia kelihatan menarik. Sangat selesa dan bagus untuk perjalanan jarak jauh,” kata pereka bebas berusia 35 tahun itu.

Masuk adalah percuma, Pameran Auto StarCarSifu 2023 yang pertama pada tahun ini berlangsung dari 10 pagi hingga 10 malam bermula Rabu, 9 Ogos hingga Ahad 13 Julai.

Antara jenama automotif yang mengambil bahagian ialah Volvo, Proton, Subaru, BYD, Perodua, Ford dan Nissan.

Pameran selama lima hari itu dianjurkan oleh Kumpulan Media Star Media (SMG).

Sementara itu Pameran Auto StarCarSifu 2023 siri kedua akan diadakan dari 23 hingga 27 Ogos di Mid Valley Southkey di Johor Bahru.

Kenderaan berkuasa petrol konvensional juga ada di Pameran Auto StarCarSifu 2023.

Selain kenderaan berkuasa petrol konvensional, pengunjung juga boleh melihat PHEV berteknologi tinggi dan kenderaan elektrik bateri (BEV).

Volvo mempamerkan XC40 dan C40 Recharge Pure Electric BEV terbaharunya yang menggabungkan kemewahan dan prestasi.

Selain itu, Volvo menawarkan dua PHEV iaitu XC90 Recharge T8 Ultimate dan XC60 Recharge.

Volvo juga menyediakan pakej promosi bernilai hampir RM20,000 untuk XC90 Recharge dan XC60 Recharge yang berlangsung sehingga 30 September.

Proton X90 baharu mempunyai enjin 1.5 liter dikuasakan TGDi yang dibantu oleh motor elektrik 48 voltan yang memastikan prestasi lebih daripada mencukupi di jalan raya dan jalan urban.

Pengunjung mendapatkan penjelasan mengenai ciri-ciri yang ada pada sebuah kereta dari penasihat bertauliah.

Pembeli boleh memilih X90 dengan enam atau tujuh tempat duduk yang sesuai dengan keperluan atau bajet mereka.

Subaru Forester baharu pula mempunyai sistem keselamatan pencegahan EyeSight 4.0 yang sudah diiktiraf pakar automotif kerana lebih intuitif.

Kombinasi unik Subaru EyeSight 4.0 membawa kebolehan Lane Centering, Lane Departure Prevention, Pre-Collison Braking dan fungsi lain untuk memenuhi teknologi pemanduan separa autonomi ADAS (Sistem Bantuan Pemandu Lanjutan) tahap 2 yang menambah satu lagi lapisan perlindungan dan keselamatan.

Promosi untuk pembeli Subaru termasuk pakej perkhidmatan penyelenggaraan komprehensif percuma untuk lima tahun pertama bagi Forester baharu.

Selain itu, rebat sehingga RM7,000 dan pakej perkhidmatan penyelenggaraan komprehensif percuma untuk lima tahun pertama bagi XV, tertakluk pada terma dan syarat.

file7rftba5kdk0tbu1dno5

Teknologi automotif terkini pasti akan memukau orang ramai.

BYD mempamerkan Dolphin BEV yang dilancarkan baru-baru ini, yang berharga bermula daripada RM99,900.

Dolphin didatangkan dengan waranti kenderaan selama 6 tahun atau apabila sudah mencecah jarak tempuh (mileage) 150,000km, waranti bateri voltan selama lapan tahun atau apabila sudah mencecah jarak tempuh 160,000km dan waranti unit pemanduan selama lapan tahun atau apabila sudah mencecah jarak tempuh 150,000km.

Pengunjung juga boleh melihat SUV BYD Atto 3 serba elektrik, yang didatangkan dalam dua varian yang dicipta untuk jarak perjalanan sehingga 410km dan 480km masing-masing.

Bagi Axia generasi kedua terbaharu Perodua, ia adalah hatchback kompak yang memberikan penjimatan bahan api yang lebih baik.

Enjin EEV 1.0 liternya terbukti dengan teknologi VVT-i yang dipadankan dengan transmisi berubah-ubah menerusi dwi-mod, apabila digunakan dengan sistem Eco Idle, boleh memberikan penggunaan bahan api yang minimum sehingga 27.4km seliter berdasarkan Kitaran Pemanduan Malaysia.

Pengunjung juga boleh melihat model Aruz, sebuah SUV dengan tujuh tempat duduk, antara model yang terlaris untuk Perodua.

Model Aruz antara model yang terlaris untuk Perodua.

Manakala Ranger Raptor pula adalah generasi seterusnya untuk Ford, dikuasakan oleh enjin dwi-turbodiesel 2.0 liter, yang mempunyai penampilan lasak dan ciri dalaman seperti SUV yang diperhalusi.

Tempah Ranger Raptor hari ini dan anda akan menerima kemeja-t Diesel Raptor 2.0L Raptor yang direka bentuk khas oleh Baja 1000 apabila menerima kenderaan itu kelak.

Mereka juga akan mendapat diskaun tambahan RM500 untuk Ford Ranger Getaways yang boleh ditebus melalui kod promo semasa penghantaran kenderaan.

Seterusnya, Nissan juga mempersembahkan Serena J IMPUL dengan sentuhan lebih sporty.

Ia didatangkan dengan aerokit J IMPUL keluaran Jepun yang menampilkan hiasan bersalut krom depan dan belakang serta rim aloi IMPUL Millennium 18-inci, kemasan hitam dan digilap.

Selain pembuat kereta, peserta lain pada pameran permotoran itu adalah Hong Leong Assurance dan tikar kereta tersuai jenama Trapo.

Trapo, jenama aksesori automotif terkemuka, juga mempunyai tawaran istimewa untuk peranti pemegang telefon kereta magnetik dan kemasan premium, serta semburan kereta anti-bakteria.

Hong Leong Assurance Bhd (HLA), syarikat insurans hayat domestik terkemuka yang terkenal dengan perancangan kewangan dan pelan perlindungan komprehensif juga mempunyai program insurans HLA Festive Protect. - StarCarSifu

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain