suria

Susu cair cepat rosak? Ini cara betul pastikan tahan lama, kekal segar

Cara penyimpanan susu cair ini boleh menyebabkan ia bertahan lebih lama. -Gambar hiasan

SUSU cair yang sudah dibuka daripada bekasnya akan mudah rosak jika tidak disimpan dengan baik.

Sangatlah rugi jika susu cair yang tidak habis digunakan itu terpaksa dibuang kerana sudah basi.

Tapi jangan risau, sebenarnya ada beberapa cara untuk menyimpan susu cair agar dapat bertahan lebih lama.

Ayuh kita belajar bagaimanakah caranya.

Susu cair biasanya dijual di dalam tin. -Gambar hiasan

1. Guna bekas kedap udara

Selepas menggunakannya, lebihan susu perlu disimpan di dalam bekas kedap udara. Pastikan bekas tersebut diletakkan di bahagian belakang peti ais untuk lebih sejuk.

2. Bekukan susu

Cara simpan susu cair yang sudah dibuka adalah dengan membekukannya. Cara ini lebih mudah di mana anda hanya perlu menuang lebihan susu ke dalam bekas kiub ais.

Biarkan beku dan boleh cairkannya mengikut keperluan ketika hendak menggunakannya. Mudah kan?

3. Simpan di suhu bilik

Sekiranya susu belum dibuka, simpan di suhu bilik adalah pilihan paling tepat. Ini kerana sekiranya tin terdedah kepada air, ia akan menyebabkan karat pada bekas tin dan susu cepat rosak.

Disertakan sebagai maklumat tambahan, ini adalah beberapa petanda yang perlu diberikan perhatian untuk menentukan jika susu cair itu sudah tamat tempoh.

Susu cair mempunyai ciri-ciri yang boleh diperhatikan jika ia sudah rosak. -Gambar hiasan

Susu cair yang sudah basi boleh membawa ancaman kesihatan yang serius, oleh itu anda harus sentiasa berhati-jati.

Berikut merupakan tanda-tanda susu cair sudah tidak elok atau rosak:

- Bau busuk

- Rasa masam

- Perubahan kepada tekstur susu (jika susu membentuk tekstur seperti dadih)

- Perubahan warna (kuning tua atau coklat)

Jika anda menggunakan susu yang rosak, antara simptom keracunan makanan adalah:

- Sakit perut

- Loya

- Demam

- Muntah

- Cirit-birit

Dapatkan rawatan perubatan secepat mungkin jika anda mula melalui beberapa tanda di atas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain