suria

Perodua Aruz SUV pilihan utama rakyat Malaysia, selesa dan selamat

Perodua Aruz menjanjikan pengalaman pemanduan yang luar biasa.

BERITA baik untuk mereka yang sedang mencari kereta, mungkin ini apa yang diperlukan anda.

Sejak diperkenalkan, Perodua Aruz sering dikenali sebagai kenderaan utiliti sukan (SUV) tujuh tempat duduk terkemuka di pasaran Malaysia.

Pada model-model yang terkini, Perodua Aruz menjanjikan pengalaman pemanduan yang luar biasa untuk keluarga dan pengembara di jalanan.

Dikemaskini dengan ciri kemudahan dan keselamatan tambahan, Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) ini adalah pilihan utama untuk mereka yang mencari ruang luas di dalam kereta, ketahanan dan praktikal.

Perodua Aruz didatangkan dengan dua varian iaitu varian X dan varian AV. Di Semenanjung Malaysia, Varian X dijual pada harga RM72,900, dan varian AV berharga RM77,900 sebelum insurans.

Kedua-dua model kini menampilkan tempat letak kaki di sisi, memastikan kemudahan untuk penumpang masuk dan keluar dari kereta, sesuai bagi semua peringkat umur kerana kedudukan tempat duduk dan jarak penglihatan yang tinggi

Selain itu, ciri pengunci pintu automatik yang ditambah akan diaktifkan apabila kelajuan kereta melebihi 20 kilometer sejam (km/j).

Ini memastikan keselamatan semasa pemanduan, dan sekiranya berlaku perlanggaran kemalangan, pintu dibuka secara automatik untuk memudahkan penumpang keluar dengan cepat dan selamat dari kenderaan.

Bagi pembeli yang mementingkan gaya, varian AV mempunyai tambahan eksklusif pada palet warnanya iaitu warna badan Garnet Red yang menarik perhatian.

Seterusnya ada juga pilihan Granite Grey, Electric Blue, Glittering Silver dan Ivory White (Solid).

Perodua Aruz juga mempunyai enjin empat silinder Dual VVT-i 1.5 liter yang cekap, dipadankan dengan transmisi automatik yang dikawal secara elektronik serta teknologi Eco Idle.

Kombinasi hebat ini bukan sahaja menawarkan pengalaman pemanduan yang lancar dan responsif tetapi juga memastikan kecekapan bahan api yang mengagumkan sehingga 15.6 kilometer seliter (km/l).

Aruz menjanjikan penggunaan bahan api yang menjimatkan untuk perjalanan harian dan perjalanan jauh.

Fleksibiliti Perodua Aruz adalah antara cirinya yang menonjol, ini kerana tempat duduknya yang boleh dilaraskan dengan mudah untuk mencipta pelbagai konfigurasi dan pemuatan.

Sama ada anda perlu memuatkan penumpang tambahan atau memerlukan ruang kargo tambahan, Aruz boleh menyesuaikan 'diri' untuk memenuhi keperluan anda.

Keselamatan kekal keutamaan dalam reka bentuk produk Perodua, dan model Aruz mencerminkan komitmen ini.

Kedua-dua varian X dan AV didatangkan standard dengan enam beg udara dan Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), memastikan perlindungan optimum untuk semua penumpang dalam pelbagai keadaan pemanduan.

Walau bagaimanapun, varian AV membawa keselamatan ke tahap yang lebih tinggi dengan suite Advanced Safety Assist (ASA) 2.0, yang terdiri daripada pelbagai sistem bantuan pemandu.

Dengan ciri-ciri keselamatan yang komprehensif ini, Perodua Aruz berjaya dianugerahkan penarafan keselamatan ASEAN NCAP maksimum lima bintang, menimbulkan keyakinan kepada pemandu dan penumpang.

Di sebalik ciri keselamatannya, Perodua Aruz menawarkan pelbagai kemudahan terkemuka.

Antaranya ciri-ciri standard termasuk lampu depan LED, roda aloi dua tona 17-inci, kemasukan dan permulaan tanpa kunci, dan sistem infotainmen skrin sentuh dengan paparan kamera undur, meningkatkan keselesaan dan memberikan pengalaman pemanduan yang canggih.

Untuk varian AV, ia menawarkan pengalaman mewah, terdiri dari lampu depan auto dan lampu kabus hadapan, menawarkan keterlihatan yang dipertingkatkan semasa pemanduan waktu malam, manakala tempat duduk kulit meningkatkan estetika dan keselesaan dalaman.

Keupayaan HDMI dan Smart Link menyediakan sambungan yang lancar untuk keperluan hiburan dan navigasi.

Selain itu, perakam video pemanduan bersepadu (DVR) menambah lapisan keselamatan tambahan untuk pelanggan Perodua Aruz semasa perjalanan mereka.

Dengan peningkatan terbaharunya, Perodua Aruz telah mengukuhkan kedudukannya sebagai SUV mesra keluarga terunggul di Malaysia.

Menggabungkan kemudahan, keselamatan dan gaya, SUV tujuh tempat duduk ini memenuhi keperluan gaya hidup moden.

Daripada perjalanan harian ke perjalanan bercuti bersama keluarga yang menggamit memori, Perodua Aruz memberikan pengalaman pemanduan yang tiada tandingan yang akan terus memikat hati rakyat Malaysia.

Untuk maklumat lanjut terkini, layari laman sesawang https://www.perodua.com.my/our-models/aruz.html

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain