suria

Guna daun kari segar barulah masakan padu, ini teknik penyimpanannya agar tahan lebih lama

Wanita ini berkongsikan cara untuk mengekalkan kesegaran daun kari.

DAUN kari kebiasaannya digunakan sebagai penambah rasa dan aroma untuk masakan bergulai atau berempah.

Namun begitu, daun kari juga seperti herba-herba lain yang perlu dipastikan kesegerannya agar hasil masakan berkualiti dan cukup rasa.

Melalui satu perkongsian di Facebook, seorang wanita dikenali sebagai Cik Rain berkongsi cara untuk mengekalkan kesegaran daun kari.

Ayuh kita lihat satu-persatu.

Daun kari dibalut di dalam kertas surat khabar.

1) Ambil daun kari dan bilas dengan air untuk membersihkannya.

2) Kemudian lap daun kari itu menggunakan tisu dan balut dengan kertas, boleh juga guna kertas surat khabar. Kemudian, simpan di dalam peti sejuk.

3) Biarkan daun kari ini dalam peti sejuk selama seminggu, selepas itu baru buka. Waktu ini daun dah cukup kering. Kena pastikan betul-betul kering sebab takut berkulat.

4) Masukkan daun kari ini ke dalam botol kaca dan tutup ketat.

5) Warna daun kari ini akan kekal hijau dan apabila nak guna dalam masakan, boleh terus masukkan saja. Ia akan kembali jadi macam daun segar dan bau kari masih lagi harum.

Daun kari disimpan di dalam botol kaca kedap udara.

Sebagai makluman, contoh botol kaca yang boleh digunakan untuk menyimpan daun kari itu adalah bekas sos spaghetti yang sudah kosong isinya.

Selain itu, ada juga yang keringkan daun kari dengan cara menjemur di bawah cahaya matahari, tetapi cara ini akan membuatkan daun jadi warna coklat macam daun kering. - Cik Rain

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain